Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Evolusi Kelajuan Tertinggi MotoGP, Dijangka Cecah 360kmj Menjelang 2020!
Auto Terkini

Evolusi Kelajuan Tertinggi MotoGP, Dijangka Cecah 360kmj Menjelang 2020!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELAJUAN Tertinggi MotoGP dijangka mencecah 360kmj menjelang 2020?

Litar Mugello, yang menjadi trek rasmi GP Itali, memegang sejarah rekod kelajuan tertinggi kejuaraan MotoGP – 354.9kmj – dicatatkan Andrea Iannone daripada Ducati Team pada 2016.

Graf di bawah sekali menunjukkan paten perubahan kelajuan tertinggi di Litar Mugello sepanjang 1999-2017. Walaupun skil individu, termasuk bantuan angin turut memainkan peranan utama dalam menentukan tahap kelajuan seseorang pelumba dan jenteranya, tetapi peningkatan purata kelajuan maksimum menyaksikan peningkatan stabil sejak 2012.

Malah, kenaikan kelajuan tertinggi dilihat menjadi trend umum sejak era perlumbaan MotoGP 2002 yang mencatatkan peningkatan purata sebanyak 10kmj setiap 4-5 tahun. Jentera prototaip terkini mencatatkan peningkatan sebanyak 35kmj sepanjang trek lurus berbanding rekod dicatatkan  jentera lain sebelum ini.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu

PERATURAN TEKNIKAL LONJAK REKOD TOP SPEED

Aksi Valentino Rossi dengan jentera Ducati Desmosedici GP12 dalam MotoGP 2012 bersama Ducati Team.

Sebenarnya, peningkatan kelajuan maksimum secara tidak langsung berpunca daripada perubahan peraturan teknikal. Sepanjang 3 tahun lalu, jentera bersesaran 500cc yang digunakan tidak mencatatkan sebarang perubahan drastik dan kekal konsisten pada kelajuan di bawah 320kmj. Namun, sepanjang penggunaan jentera 4-lejang bersesaran 990cc, catatan kelajuan meningkat kepada 343kmj sepanjang 3 tahun berikutnya.

Kelajuan kemudian dimansuhkan dan ditukar kepada aspek tunggangan selepas kejayaan Valentino Rossi dan pasukan Yamaha pada MotoGP 2004 menerusi jentera M1. Jentera Yamaha Rossi kebiasaannya cuma menduduki carta pertengahan bagi kelajuan maksimum sebelum diturunkan 11kmj selepas beralih arah kepada jentera 800cc pada 2007.

BACA >>> #2018MotoGP: Rossi Pakai AGV Baharu, Ambil Ilham Rekaan Helmet F1 1970-80-an

Keinginan memperoleh kuasa tinggi daripada enjin kecil turut menyaksikan rekod kelajuan sekali lagi meningkat. Paling ketara ialah dalam tempoh setahun sepanjang 2008-2009 apabila Dani Pedrosa mencatatkan angka kelajuan tertinggi baharu, 349.3kmj menerusi jentera Repsol Honda.

“Ia jelas jalan lurus yang laju di sini, walaupun saya tidak fikir kelajuan maksimum begitu tinggi sampailah saya tengok skrin masa,” kata Pedrosa.

Namun, berdasarkan perbandingan paten peningkatan kelajuan, beberapa pihak mengesyaki catatan itu mengalami ralat dengan khabar angin mengatakan telemeteri on-board pada jentera Pedrosa tidak sepadan rekod kelajuan pencatat masa.

Namun, pemeriksaan pakar Dorna mengesahkan kelajuan tersebut sebagai benar. Pada masa sama, Mika Kallio daripada Pramac Ducati mencatatkan 0.2kmj lebih rendah pada sesi ujian pertama tersebut. Sejak itu, pasukan Ducati mencatatkan kelajuan terpantas sepanjang beraksi di litar sendiri di GP Itali.

Selepas beralih kepada jentera 1000cc pada 2012, walaupun had baharu diperkenalkan menerusi ukuran gerek dan lejang (bore and stroke), kelajuan tertinggi tetap meningkat walaupun sedikit sepanjang 4 daripada 6 musim MotoGP. Garis plot mengenai trend itu menunjukkan kebarangkalian kelajuan tertinggi MotoGP mencecah hingga 360kmj menjelang 2020.

ADAKAH INI MASALAH BESAR?

CORRADO CECCHINELLI

Pengarah Teknologi MotoGP, Corrado Cecchinelli mengakui kelajuan tertinggi sentiasa mencetuskan kebimbangan, tetapi tetap cuba untuk tidak terlalu emosional.

“Angka kelajuan tertinggi ini agak besar dan menakutkan, tetapi jarang sekali kemalangan berlaku pada kelajuan tertinggi. Kelajuan maksimum adalah sesuatu yang membimbangkan, tetapi bukan senario yang paling bahaya dari segi kemalangan,” kata Cecchinelli.

Menurutnya, walaupun had kelajuan bergantung kepada saiz litar, MotoGP kini sedang dalam perancangan mengurangkan atau mengehadkan kelajuan maksimum jentera lumba. Ada cara mudah untuk melakukannya yang tidak disukai pengeluar.

Penyelesaian Cecchinelli tentang had kelajuan tertinggi ialah sekatan rev pada had tertentu yang pernah dicadangkan, tetapi tidak dipersetujui pasukan lumba MotoGP.

Menurutnya, pengehad rev tidak hanya mampu mengurangkan kelajuan tertinggi, tetapi juga mengurangkan kos enjin. Malah, berpotensi merapatkan jurang jarak antara pelumba kelompok depan dan belakang.

HADKAN BAHAN API

Dalam hal lain, menetapkan had bahan api juga tidak banyak memberikan impak ke atas perlumbaan.

“Berdasarkan pengetahuan saya, sangat sukar menjimatkan bahan api ketika dalam kelajuan tertinggi. Asasnya, mereka menjimatkan bahan api menerusi pecutan dan brek. Saya tidak fikir ada perbezaan ketara dalam kelajuan maksimum”, katanya.

Ada kemungkinan lain, iaitu pengeluar mungkin mengehadkan kelajuan maksimum menerusi penggunaan fairing-sayap baharu yang lebih besar.

Berdasarkan perjanjian antara MotoGP dan pengeluar, tiada perubahan peraturan teknikal boleh dibuat hingga 2021, melainkan mendapat persetujuan majoriti atau atas faktor keselamatan.

Italian MotoGP weekend top speeds: 1999-2017. Present prototypes now 35km/h faster than last of the 500s…#MotoGP pic.twitter.com/fKF1ZrPmz8

— CRASH.NET/MotoGP (@crash_motogp) 12 January 2018

Kelajuan Tertinggi MotoGP Itali: 1999-2017

  • 2017: 354.7km/h Pirro (Ducati ) MotoGP 1000cc
  • 2016: 354.9km/h Iannone (Ducati) MotoGP 1000cc
  • 2015: 350.8km/h Iannone (Ducati) MotoGP 1000cc
  • 2014: 349.6km/h Iannone (Ducati) MotoGP 1000cc
  • 2013: 344.6km/h Iannone (Ducati) MotoGP 1000cc
  • 2012: 346.9km/h Rossi (Ducati) MotoGP 1000cc
  • 2011: 335.7km/h Barbera (Ducati) MotoGP 800cc
  • 2010: 345.7km/h Barbera (Ducati) MotoGP 800cc
  • 2009: 349.3km/h Pedrosa (Honda) MotoGP 800cc
  • 2008: 330.8km/h Melandri (Ducati) MotoGP 800cc
  • 2007: 323.3km/h Stoner (Ducati) MotoGP 800cc
  • 2006: 334.0km/h Stoner (Honda) MotoGP 990cc
  • 2005: 340.5km/h Checa (Ducati) MotoGP 990cc
  • 2004: 343.0km/h Barros (Honda) MotoGP 990cc
  • 2003: 332.4km/h Capirossi (Ducati) MotoGP 990cc
  • 2002: 324.5km/h Ukawa (Honda) MotoGP
  • 2001: 315.6km/h Rossi (Honda ) 500cc
  • 2000: 317.8km/h McCoy (Yamaha) 500cc
  • 1999: 318.6km/h Biaggi (Yamaha) 500cc

SUMBER: Crash.net

Andrea Iannone Auto Terkini Corrado Cecchinelli Ducati Team evolusi kelajuan tertinggi MotoGP roda2 Valentino Rossi Yamaha M1
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.