Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Espinosa, CEO Nissan Baharu
Auto Terkini

Espinosa, CEO Nissan Baharu

SyafieBy Syafie13/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Peracangannya, Ivan Espinosa akan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 April nanti, sekaligus mengakhiri spekulasi berlarutan mengenai siapa yang akan menggantikan Makoto Uchida sebagai peneraju pengeluar kereta Jepun yang bermasalah ini.

Uchida tertekan untuk meletak jawatan selepas prestasi kewangan Nissan semakin merosot dan perbincangan penggabungan dengan Honda (HMC) gagal. Namun, masih tidak jelas sama ada pelantikan Espinosa, 46, akan membuka semula perbincangan penggabungan itu atau memberi ruang untuk pelaburan daripada rakan kongsi lain.

Espinosa yang merupakan warganegara Mexico telah menyertai Nissan sejak 2003 dan telah banyak berkhidmat di Mexico tetapi juga pernah memegang jawatan di Asia Tenggara dan Eropah. Beliau telah mengetuai perancangan produk dan pembangunan serta menguruskan strategi produk global Nissan.

Sejak April 2024, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Perancangan dalam usaha untuk mempercepatkan peralihan syarikat ke kenderaan elektrik (EV).

Menurut Penganalisis automotif Jepun di CLSA, Christopher Richter berkata;

Dia seorang yang sangat bersemangat mengenai produk”

“Saya rasa ini memberi isyarat baik bahawa Nissan ingin memberi lebih perhatian kepada produk kerana jenama Nissan telah lama kehilangan arah dan tidak begitu dikenali. Jadi, dengan meletakkan seorang pakar produk untuk memimpin, ini boleh menjadi langkah yang menarik.”

Nissan telah menghadapi masalah jualan yang merosot dan ketidakstabilan pengurusan sejak sekian lama, tidak pernah pulih sepenuhnya selepas pemecatan bekas pengerusi Carlos Ghosn pada 2018, yang dituduh oleh pendakwa raya Tokyo atas kesalahan kewangan.

Pada tahum kewangan semasa yang berakhir pada Mac, Nissan telah menurunkan ramalan keuntungan mereka sebanyak tiga kali. Hampir semua jenama kereta lama kini terpaksa berdepan dengan pengeluar EV China yang telah mengubah industri dengan kereta canggih dan kaya dengan perisian.

Namun, Nissan juga berdepan masalah yang lebih mendalam seperti kegagalannya melancarkan kenderaan hibrid di Amerika Syarikat dan kesan buruk selepas pemergian Ghosn. Selain itu, syarikat ini berpotensi dikenakan cukai terhadap kenderaan yang dieksport ke AS dari Mexico, sebuah hab pengeluaran utama.

SUMBER: CNN

Auto Terkini CEO Nissan Ivan Espinosa Makoto Uchida Nissan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.