Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»EON & Sahabat Autofest 2024 Rasmi Dibuka, Sarat Pelbagai Acara untuk Seisi Keluarga
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2024 Rasmi Dibuka, Sarat Pelbagai Acara untuk Seisi Keluarga

ShawkathBy Shawkath01/03/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EON Berhad (EON) yang merupakan subsidiari milik penuh DRB-HICOM rasmi melancarkan acara EON & Sahabat Autofest 2024 selama tiga hari di bangunan EON Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Acara sempena ulang tahun ke-40 EON itu ibarat hab pameran automotif dengan peragaan dan jualan pelbagai jenama kenderaan baharu dan terpakai serta perkhidmatan berkaitan.

EON & SAHABAT AUTOFEST 2024

  • Tarikh: 1-3 Mac 2024 (Jumaat hingga Ahad)
  • Masa: 10 pagi-6 petang
  • Lokasi: Ibu Pejabat EON Glenmarie (Shah Alam)

APA ADA DI EON & SAHABAT AUTOFEST

  • Barisan kenderaan baharu jenama Proton, Volkswagen, Mitsubishi, Audi, Honda, Isuzu dan smart (lot parkir di hadapan bangunan EON).
  • Pameran motosikal dan skuter Modenas dan Kawasaki (di lot parkir hadapan bangunan EON)
  • Sesi pandu uji pelbagai kenderaan termasuk motosikal Kawasaki, Modenas
  • Stok kenderaan terpakai pelbagai jenama (di sebelah kiri bangunan EON)
  • Galeri makanan dan trak makanan (sebelah kanan bangunan EON)
  • Ruang reruai sejarah dan perjalanan EON sejak ditubuhkan hingga kini.
  • Ruang reruai beberapa institusi perbankan.
  • Ruang reruai pelbagai anak syarikat DRB seperti Puspakom, AVIS Car Rental, Pos Malaysia, Petromin Express dan Universiti DRB-HICOM.
  • Bazar raya dengan jualan pakaian batik, tanjak, bunga hidup, gubahan bunga, wangian, kraftangan dan pelbagai lagi.
  • Panggung wayang untuk kanak-kanak dalam auditorium (dalam bangunan).
  • Kaunter EON Capital dengan promosi beli, buat pinjaman dan bawa kereta sepantas sehari!
  • Peluang menangi hadiah utama Proton S70 dan pelbagai hadiah lain bernilai RM100,000.

PERJALANAN EON

Acara EON & Sahabat Autofest 2024 dirasmikan Pengerusi EON, Tan Sri Syed Faisal Albar di auditorium EON. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EON, Akkbar Danial, pengurusan EON dan DRB-HICOM serta beberapa tetamu lain, termasuk rakan media.

Akkbar menceritakan perjalanan EON selama 40 tahun dengan berkata;

EON menjual kereta kepada rakyat Malaysia sejak empat dekad lalu. Selama bertahun-tahun, kami sudah berkembang daripada menjadi pengedar eksklusif untuk Proton kepada apa yang anda lihat pada hari ini.

EON kini pengedar kereta pelbagai jenama terbesar di Malaysia, semuanya di bawah satu bumbung. EON & Sahabat Autofest 2024 adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong kami.”

Auto Terkini DRB-Hicom DRB-Hicom Berhad EON & Sahabat Autofest 2024 EON Berhad EON Berhas
Shawkath

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.