Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»EON Lancar Pusat 3S Proton Damansara Taraf Flagship
Auto Terkini

EON Lancar Pusat 3S Proton Damansara Taraf Flagship

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EON buka Pusat 3S Proton Damansara

EDARAN Otomobil Nasional Berhad (EON) terus memacu standard baharu dalam jaringan edaran automotif negara apabila membuka Pusat 3S Proton Flagship Damansara, juga fasiliti paling canggih dalam rangkaiannya setakat ini.

Pusat 3S baharu itu menjadi mercu baharu pengalaman pemilikan Proton di kawasan tumpuan automotif di Damansara, terletak di kawasan strategik sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Kemudahan Moden, Direka untuk Pengalaman Pelanggan Terbaik

EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara

Dengan keluasan 11,464 kaki persegi, ruang pameran utama mampu memuatkan 11 model Proton, merangkumi lapan model enjin pembakaran dalaman (ICE) dan tiga model kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS.

Bahagian selepas jualan pula berkeluasan 13,186 kaki persegi dan dilengkapi sepenuhnya untuk menyelenggara keseluruhan rangkaian Proton termasuk EV, seperti:

  • 16 ruang servis, terdiri daripada:
    • 11 ruang bertingkat untuk model ICE
    • Dua ruang khusus untuk EV Proton e.MAS
    • Satu ruang penjajaran roda
    • Satu ruang kalibrasi ADAS
  • Bilik khas bateri EV
  • Pengecas AC 22kW untuk kegunaan bengkel dan pelanggan

Pelanggan turut menikmati ruang gaya hidup moden, bilik konsultasi peribadi, zon paparan interaktif dan sudut khas kanak-kanak.

EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara

Bab Baharu Transformasi Runcit EON

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akkbar Danial, CEO EON, juga Ketua Pengedaran Automotif DRB-Hicom. Turut hadir ialah Ketua Rangkaian Proton e.MAS, Zhao Le dan barisan pengurusan EON, Proton dan DRB-Hicom.

Akkbar berkata, Pusat 3S taraf Flagship itu melambangkan komitmen EON terhadap inovasi, kemampanan dan evolusi mobiliti negara.

Pusat ini menzahirkan usaha kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan sambil menyokong hala tuju elektrifikasi Proton.

“Selama lebih 40 tahun, EON berdiri seiring Proton dan kini kami melangkah ke bab seterusnya yang lebih hijau dan berteknologi,” katanya.

EON buka Pusat 3S Proton Damansara | Mr Akkbar Danial, CEO EON Berhad, Ketua Pengedaran Automotif
EON buka Pusat 3S Proton Damansara | Mr Zhao Le, Ketua Pembangunan dan Perancanga Jaringan e.Mas

Sokong Era Baharu Mobiliti Elektrik

Tarikan utama Pusat 3S itu ialah ruang pameran Proton e.MAS, dan barisan EV pertama Proton. Di sini, pelanggan boleh meneliti teknologi, rekabentuk dan inovasi yang bakal memacu mobiliti masa depan negara.

Akkbar menambah, pendekatan baharu itu selari aspirasi Malaysia menuju misi neutral karbon dan penyelesaian pengangkutan mampan.

EON Dream Car Giveaway 2025: Pemenang Diumumkan

EON buka Pusat 3S Proton Damansara

Dalam majlis sama, EON turut mengumumkan pemenang EON Dream Car Giveaway 2025, iaitu Nuurul Adibah Mansor, yang terpilih daripada ribuan peserta yang membuat tempahan dan mendapat kelulusan pinjaman sepanjang tempoh kempen.

Kempen tersebut dilancarkan sempena EON & Sahabat Autofest 2025, yang menawarkan tajaan bernilai RM100,000 untuk pembelian kereta impian pemenang.

Tawaran Eksklusif Akhir Tahun

EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara

Selaras pembukaan Pusat 3S perdama itu, EON mengadakan dua inisiatif besar sebagai tawaran nilai tambah kepada pelanggan:

  • EON Online Digital Sale – 12.12.2025: Satu hari sahaja! Pelanggan boleh menempah mana-mana model melalui laman web EON dengan bayaran serendah RM12
  • EON EV Showcase @ Copa Padel Hood – 13.12.2025: Pameran EV istimewa di Pop Padel Bamboo Hills, Kuala Lumpur, yang menggabungkan elemen gaya hidup, sukan dan teknologi automotif

Lokasi, Waktu Operasi

EON buka Pusat 3S Proton Damansara

Berikut maklumat lokasi dan waktu operasi Proton EON Damansara Flagship 3S Centre:

  • Alamat: 2806, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Isnin – Sabtu: 9 pagi – 7 malam | Ahad dan Cuti Umum: 9 pagi – 5 petang

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi EON atau mengikuti saluran media sosial untuk perkembangan terkini.

EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara | Mr Akkbar Danial, CEO EON Berhad, Ketua Pengedaran Automotif
EON buka Pusat 3S Proton Damansara | Mr Zhao Le, Ketua Pembangunan dan Perancanga Jaringan e.Mas
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
EON buka Pusat 3S Proton Damansara
Auto Terkini EON 3S EON 3S Proton Damansara EON Berhad EON Online Digital Sales Kereta EV kereta proton Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad Akkbar Danial Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Proton Damansara Proton EON Damansara Flagship 3S Centre Proton Showroom ruang pameran proton
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.