Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Enjin ICE Masih Perlu, Volkswagen Tiguan (2024) dengan Transmisi DSG Kini Fasa Akhir Pandu Uji
Auto Terkini

Enjin ICE Masih Perlu, Volkswagen Tiguan (2024) dengan Transmisi DSG Kini Fasa Akhir Pandu Uji

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI PASARAN sekarang ada pelbagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang boleh dipilih sama ada buatan tempatan, Jepun, Korea, China dan Jerman.

SUV buatan Jerman tidak semestinya merujuk kepada Mercedes-Benz, Audi atau BMW yang berharga premium, tetapi ada juga Volkswagen. SUV dimaksudkan itu ialah Tiguan dan Tiguan Allspace.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) terlebih dahulu menawarkan Tiguan (foto atas kiri) sebelum disusuli Tiguan Allspace yang lebih besar dengan 7-kerusi. Tiguan kini sudah dihentikan dan Tiguan Allspace ditawarkan pada harga serendah RM160,000.

Volkswagen Tiguan generasi kedua dikeluarkan pada 2016 dan tepat pada masa Volkswagen berkongsi butiran dan foto awal generasi ketiga itu yang kini memasuki fasa pandu uji akhir sebelum diperkenalkan secara rasmi beberapa bulan lagi.

Bagi model baharu, Volkswagen mempertingkat platform sedia ada yang dipanggil MQB evo. Dari segi dimensi, ukuran panjang bertambah 30mm, manakala tinggi, lebar dan jarak roda lebih kurang sama seperti model sedia ada. Penambahan ukuran itu membantu meningkatkan ruang but sebanyak 33 liter, kepada 648 liter (pada aras penyandar kerusi belakang).

Walaupun dunia automotif sekarang beralih kepada kenderaan elektrik (EV) dan Volkswagen sendiri mempunyai sejumlah model elektrik ID., tetapi Tiguan baharu kekal digerakkan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menariknya, platform MQB evo boleh memuatkan pelbagai jenis trenkuasa seperti diesel turbo (TDI), petrol turbo (TSI), petrol turbo hibrid ringan (MHEV) (eTSI) dan hibrid plug in (PHEV) (eHybrid).

Volkswagen Tiguan eHybrid misalnya, mempunyai jarak pemanduan elektrik hingga 100km dengan pengecasan AC yang lebih pantas. Pengecasan DC pula mempunyai kemungkinan dijadikan ciri standard buat kali pertama.

Selain itu, semua jenis trenkuasa hanya dipadan transmisi dual-klac (DCT) DSG. Sama seperti Volkswagen ID., posisi gear ditukar kepada jenis tuil di belakang dan kanan stereng.

Operasi anjakan seperti biasa dengan huruf ‘D’ untuk pandu ke depan dan ‘R’ untuk mengundur. Brek parkir pula diaktifkan dengan menekan suis pada sisi. Walaupun dalam bentuk tuil, Volkswagen juga menyediakan pedal syif di belakang stereng.

Platform MQB evo dijadikan petak mula untuk kawalan suspensi adaptif (DCC) baharu digunakan, manakala absorber DCC Pro (pilihan) mempunyai dua injap dengan 15 pelarasan lembut hingga keras.

Seperkara menarik adalah pengenalan sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (VDP) yang sebelum ini diperkenalkan pada Golf GTI.

Bahagian kabin, saiz skrin unit infotainmen didatangkan dalam pilihan hingga 15 inci yang jelas mendominasi ruang papan pemuka. Konsol tengah menempatkan tombol Driving Experience Control yang lengkap dengan skrin mini dan digunakan untuk mod pandu, bunyi audio dan warna lampu ambien.

Lagi ciri baharu dan canggih adalah pilihan lampu depan IQ.LIGHT HD matrix yang sudah dilengkapi pada Touareg baharu.

Tiguan ialah model penting Volkswagen yang bertahun-tahun menduduki takhta teratas jualan pengeluar itu yang terjual lebih 7.4 juta unit serata dunia sejak 2007.

BACA >>> Volkswagen Amarok (2023) UK dengan Enjin 2.0L, 3.0L Diesel Turbo, Harga Mula RM231k!
BACA >>> Volkswagen ID.Buzz Dipilih Kereta Terbaik COTY 2023!
BACA >>> Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Tiguan Volkswagen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) volkswagen tiguan Volkswagen Tiguan 2024 vw
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.