Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Encor Series 1 – 3.5L V8 400 bhp, Jelmaan Semula Lotus Esprit!
Roda4

Encor Series 1 – 3.5L V8 400 bhp, Jelmaan Semula Lotus Esprit!

Abang HirataBy Abang Hirata05/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LIMA dekad selepas Lotus Esprit tampil Paris Motor Show 1975, sebuah model reinterpretasi moden muncul iaitu Encor Series 1.

Model ini dibangunkan dengan satu matlamat jelas iaitu memelihara, memperhalusi dan menaikkan warisan salah satu rekaan automotif paling ikonik pernah dicipta.

Encor menyebut falsafah projek ini sebagai ‘respectful enhancement’. Ia bukan projek mencipta semula, tetapi usaha memperhalusi dan memperbaharui dengan penuh sensitiviti terhadap bentuk asal.

Pasukan Encor bukan calang-calang, terdiri daripada individu yang pernah bekerja di Lotus, Aston Martin, Koenigsegg dan Skyships Automotive.

Rekaan – Memperhalusi Tanpa Menggangu Identiti

Pasukan rekaan memulakan kerja dengan mengimbas digital Esprit asal sebelum memperkemaskan semula geometri menggunakan peralatan moden.

Fokus pembaikan rekaan meliputi:

  • Garis badan gentian kaca dua bahagian asal dibuang dan digantikan dengan kulit monokok gentian karbon autoklaf tanpa sambungan, mengekalkan keaslian rekaan asal.
  • Bentuk keseluruhan masih mudah dikenali sebagai Esprit, tetapi kualiti panel dan permukaan dapat dilihat serta dirasai dengan segera.
  • Garis bahu dan permukaan arka roda diperhalusi untuk ketegangan dan ketepatan maksimum.
  • Lampu hadapan kini menggunakan projektor LED ultra-kompak dalam perumah pop-up rendah, mengekalkan identiti baji (wedge) tetapi dengan prestasi moden dan aerodinamik lebih baik.
  • Rim moden diinspirasikan daripada slot-mag asal dan lima jejari Sport 350, ditempa dan dimesin billet untuk perkadaran baharu dan keteguhan struktur.
  • Dilebarkan sedikit untuk menampung tayar dan sistem penyejukan brek moden, mengekalkan keseimbangan dan perkadaran asal.

Kejuruteraan: Kontemporari, Tetapi Setia kepada Asal

Di sebalik badan karbon penuh terletak struktur utama Lotus Esprit V8, dikekalkan bagi memastikan identiti dan kelulusan pendaftaran tidak terjejas.

Casis dilucutkan daripada komponen luaran, dibersihkan dan disiapkan semula sebelum dipadankan dengan rangkaian kuasa yang dibina semula sepenuhnya.

Naik taraf rangkaian kuasa termasuk:

  • Enjin V8 3.5L turbo berkembar dengan piston tempa.
  • Injektor baharu, turbo dibaik pulih, pendikit elektronik, sistem bahan api & penyejukan moden.
  • Sistem ekzos baharu keluli tahan karat.

Kotak gear asal turut direka semula bersama Quaife:

  • Input aci lebih kuat.
  • Nisbah gear baharu
  • LSD Helical LSD
  • Klac berkembar khas

Suspensi dan Brek

  • Ditingkatkan ke spesifikasi Sport 350
  • Brek AP Racing
  • Stereng kekal hidraulik – Keputusan penting bagi mengekalkan rasa pemanduan analog Esprit.

Sasaran Prestasi

  • 400 bhp, 474 Nm
  • Berat sasaran <1,200 kg
  • 0–100 km/j sekitar 4 saat
  • Kelajuan maksimum hampir 282 km/j

Kabin Seimbang antara Nostalgia dan Teknologi

Bahagian dalaman menghidupkan semula elemen ikonik Esprit:

  • Papan pemuka condong dramatik
  • Gugusan instrumen membalut pemandu
  • Aksen tartan
  • Posisi duduk rendah seperti kokpit
  • Gugusan meter terapung dimesin dari bilet aluminium dan memuatkan paparan digital moden.
  • Konsol tengah berbentuk T gentian karbon menempatkan semua kawalan penting.
  • Kerusi dibaik pulih mengikut ergonomik asal tetapi dengan sokongan dan kemasan lebih baik.
  • Sistem infotainmen, pendingin hawa dan kamera rekaan Skyships disepadukan tanpa menjejaskan sifat analog kereta.

Tempahan & Pengeluaran

Encor Series 1 terhad kepada 50 unit sahaja, setiap satu disiapkan mengikut tempahan individu. Harga bermula daripada £430,000 (RM2,359,127), tidak termasuk cukai, opsyen dan unit Lotus Esprit V8.

Penghantaran dijangka bermula pada suku kedua 2026 dan berterusan sehingga 2027.

Encor Encor Series 1 Lotus Lotus Esprit
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD ATTO 3 EVO 2026 Di Eropah, Bateri LFP 74.8 kWj, 510 KM, 0-100 KM/J Dalam 3.9 Saat!

11/02/2026
Auto Terkini

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

10/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.