• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Empat Helmet Motosikal Milik Juara F1, Michael Schumacher Mahu Dilelong!

Empat Helmet Motosikal Milik Juara F1, Michael Schumacher Mahu Dilelong!

September 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


EMPAT helmet keledar motosikal yang pernah dipakai legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher akan menjadi sebahagian barangan lelongan kolektif  bermula 16 Ogos lalu dan berakhir pada 6 September ini.

Koleksi Schumacher, dinamakan 'Full Throttle', terdiri daripada 150 barangan ekslusif milik legenda tersebut yang dikumpulkan pemberi konsain Jepun, Sotheby yang sangat meminati dan mengikuti F1 serta kerjaya Schumacher.

Ada lebih 75 pakaian dan peralatan dipakai untuk perlumbaan dari zaman awal Schumacher dalam go-kart hingga debut 1989 dalam Formula 3, sehingga peringkat tertinggi dalam F1.

Seperti diketahui umum, Schumacher memang peminat tegar sukan dua roda. Sebelum kemalangan ski pada 2013, pelumba dari Jerman itu sudah menunggang pelbagai jenis motosikal daripada Harley-Davidsons hingga moped dan pelbagai lagi.

Selain F1, beliau turut menceburi sukan lumba dua roda dan dia pernah menyertai Kejuaraan Superbike IDM di Jerman dengan menunggang jentera Ducati.

Schumacher pernah dijemput menunggang jentera MotoGP jenama Itali itu di Litar Mugello di Itali dan Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol.

Dua helmet digunakan untuk sesi tunggang uji itu ialah model keluaran Schuberth, yang juga jenama kegemaran Schumacher. Beliau juga ada banyak kaitan dengan syarikat tersebut apabila kerap menguji produk tersebut sama ada untuk perlumbaan dua atau empat roda.

Kedua-dua helmet itu mudah dicam dengan warna signatur menerusi corak bendera Jerman, dan tujuh bintang yang menandakan gelaran Juara Dunia F1 yang dimilikinya.

Kedua-dua helmet hampir sama, tetapi ada perbezaan harga ketara, satu berharga AS$7,000 (RM32,590) dan satu lagi cuma AS$500 (RM2,330).

Selain dua helmet MotoGP Ducati, ada dua lagi helmet yang digunakan beliau dalam karier sebagai pelumba IDM ketika berehat daripada F1. Anda boleh lihat semua koleksi helmet Schumacher di sini.

BACA >>> Ferrari Enzo Milik Juara F1 Dibida Lebih RM27.6 Juta!
BACA >>> Ini Lotus Evija Milik Juara F1, Button yang Dikustom Sempena Tribut Kemenangan 2009

SUMBER: Ride Apart

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Ducati, Ferrari, Formula One (F1), helmet, lelong, Michael Schumacher, Sotheby

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my