Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!
Auto Terkini

Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

AryonBy Aryon27/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada yang belum tahu, bukan ekzos yang diubah suai hingga berbunyi ‘perang’ saja dilarang, semua ekzos aftermarket (bukan keluaran pengeluar asal) juga haram dipasangkan walaupun bunyinya menepati piawaian alam sekitar.

Ini dimaklumkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam jawapan bertulis kepada portal atas talian Malaysiakini.

Menurut JSPT, setiap pengubahsuaian kenderaan termasuk ekzos adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Kaedah 9A LN 170/59 – Kaedah-kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. Pengubahsuaian itu mesti mendapat kelulusan ketua pengarah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Undang-undang ini merujuk Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987:

Tertakluk kepada seksyen ini, adalah tidak sah di sisi undang-undang untuk mengubah sesuatu kenderaan motor hingga menjadikan sebegitu keadaannya yang mana penggunaannya dalam keadaan tersebut menjadi tidak sah di sisi undang-undang menurut seksyen ini.”

Seksyen 6 akta itu menggariskan mengenai “larangan bagi kenderaan-kenderaan motor yang tidak mematuhi kaedah-kaedah”.

Kaedah dimaksudkan seksyen itu adalah Kaedah 9A LN 170/59 – Kaedah-kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959, iaitu setiap pembinaan kenderaan motor hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Justeru penggunaan ekzos aftermarket adalah salah kerana dianggap mengubah suai tanpa mendapat kelulusan ketua pengarah JPJ. Ini bermakna, menurut JSPT, semua ekzos yang bukan daripada pengeluar asal, dilarang digunakan.

Makluman baharu JSPT itu dibuat susulan kes seorang pengguna motosikal meluahkan rasa berang apabila disaman pihak polis kerana ekzos aftermarket yang dipasang pada motosikalnya selepas ditahan dalam sekatan jalan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterwoth, Pulau Pinang, di laluan motosikal.

Lelaki itu mendakwa disaman atas kesalahan mengubah suai ekzos walaupun menepati had bunyi maksimum ditetapkan, 95dB berdasarkan ujian dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di tempat disediakan. Bagaimanapun, anggota polis memaklumkan dia tetap melakukan kesalahan kerana mengubah suai ekzos.

BACA >>> Tinjauan: ‘Ekzos Perang’ Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?

Auto Terkini ekzos ekzos aftermarket ekzos bising Ekzos Motosikal JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JSPT Polis Diraja Malaysia (PDRM) roda2 Saman Ekzos Bising
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.