Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»ECU TuneBoss dengan Ciri Keselamatan ATAS untuk Yamaha 135LC Fi, Harga RM399
Aksesori

ECU TuneBoss dengan Ciri Keselamatan ATAS untuk Yamaha 135LC Fi, Harga RM399

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FIRMA FSR Technology memperkenalkan ciri keselamatan baharu dalam unit kawalan elektronik (ECU) yang mampu mengelakkan pemilik motosikal terbabas atau terjatuh ketika menghidupkan enjin.

Ciri keselamatan itu dipanggil ATAS (Accidental Throttle Activation Safety) yang disertakan dalam produk ECU prestasi tinggi terbaharu TuneBoss untuk kegunaan model Yamaha 135LC Fi.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?

Bagaimana ATAS TuneBoss Berfungsi?

Asasnya, ciri keselamatan itu akan menghalang situasi pecutan tidak sengaja ketika menghidupkan enjin. Ini membabitkan motosikal dengan sistem klac automatik.

Ada penunggang tidak sedar gear motosikal belum dibebaskan (neutral) dan cuba menghidupan enjin sambil memulas terotal.

Sistem keselamatan ATAS akan menghalang trenkuasa dihidupkan jika mengesan butang pemula enjin ditekan sambil terotal dibuka 10 peratus atau sesuatu kadar lebih tinggi.

ECU akan memaparkan peringatan dengan lampu amaran enjin berkelip. Enjin motosikal hanya dapat dihidupkan jika perahan terotal berada di bawah 10 peratus.

BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan

Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali berkata:

TuneBoss bukan sekadar produk prestasi tinggi untuk (kegunaan) motosikal. Pada kami, keselamatan juga penting dan kami sentiasa meminta pengguna untuk mengambil berat tentang perkara ini.”

Setiap ECU didatangkan dengan ciri imobiliser enjin (Engine Immobilizer) yang boleh dikawal menggunakan aplikasi TuneBoss Manager Pro. Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna telefon pintar Android.

Ini sebahagian ciri menarik yang kami sertakan untuk setiap pembelian ECU TuneBoss. Aplikasi TuneBoss Manager Pro juga membolehkan pengguna memantau parameter kenderaan seperti suhu, voltan bateri dan maklumat berkait system enjin yang lain. Ia juga memaparkan sebarang masalah yang dikesan dengan cara mesra pengguna.”

Beliau juga menyatakan ECU Stage1 dilengkapi talaan pemetaan prestasi tinggi untuk model standard Yamaha 135LC Fi dan harganya cuma RM399.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?

Jelasnya, ECU Stage1 boleh dinaik taraf ke Stage2 yang menawarkan julat penalaan yang lebih terperinci untuk pemetaan bahan api dan nyalaan.

Farhan berkata;

Memandangkan Yamaha 135LC Fi dicipta khas untuk Malaysia dan TuneBoss pula satu-satunya ECU motosikal rekaan dan buatan Malaysia, jadi kami mahu menjadikan (ini) ECU pertama kami yang lebih ‘ATAS’.

“Semua ECU TuneBoss pada masa akan datang bakal dilengkapi ciri keselamatan ATAS sebagai standard. Antara model yang dikatakan sesuai dilengkapi ciri tersebut ialah Yamaha Lagenda, NMax dan Honda Wave serta EX5.”

Aksesori Aftermarket ECU Yamaha 135LC Fi (2022) Farhan Ali FSR Technology tuneboss
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.