• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Dunlop Perkenal Saiz Baharu untuk Model Tayar Popular – Sportmax dan Elite 4

Dunlop Perkenal Saiz Baharu untuk Model Tayar Popular - Sportmax dan Elite 4

March 6, 2018 By AI Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, Dunlop memang bekerja keras menambah baik kualiti siri tayar Sportmax Q-series menerusi pengenalan produk Q3, dan paling terbaharu, Q3+ yang menawarkan kualiti cengkaman konsisten dan mencukupi serta jangka hayat lebih baik.

Pengenalan Sportmax Q3+ pasti menggembirakan penunggang motosikal novis atau entry-level kerana produk itu kini sudah siap dibeli untuk motosikal bersesaran 300-400cc, manakala pemilik motosikal advencer (ADV) saiz sederhana pula boleh menggunakan tayar Sportmax Roadsmart III.

Bagi penunggang jarak jauh, mereka boleh melengkapkan jentera touring mereka dengan tayar Elite 4.

TAYAR HYPERSPORT

Tayar Dunlop Sportmax siri baharu - Roadsmart III dan Q3+, dan tayar touring Elite 4 - kini sudah ada di pasaran.

Bermula Sportmax Q3+, tayar hypersport itu kini didatangkan dengan saiz 110/70ZR17 dan 150/60ZR17 bagi memenuhi keperluan motosikal entry-level seperti  KTM RC, Duke 390 dan BMW G310R. Sebagai penaja rasmi tayar untuk kejuaraan siri superbike MotoAmerica, tayar Dunlop Q3+ akan digunakan secara eksklusif dalam kelas Junior Cup 2018.

Tambahan kepada barisan tayar touring ialah produk paling laris, Elite 4 untuk tayar depan bersaiz 110/90-18 dan 150/80-16. Tayar belakang Elite 4 sebenarnya sudah ditawarkan dalam pelbagai varian dan saiz. Jadi, pengenalan tayar depan baharu itu dijangka membuka pasaran tayar touring untuk motosikal baru.

Bersama Elite 4, Dunlop juga memperkenalkan Sportmax Roadsmart III bersaiz 110/80R19 dan 150/70R17 untuk memenuhi pasaran motosikal ADV saiz sederhana dan penuh seperti Yamaha Super Tenere, Suzuki V-Strom 650/1000, Triumph Tiger dan siri  BMW R1100/1150/1200GS.

Saiz produk Sportmax Roadsmart III sedia ada, 170/60ZR17 kini boleh dipadankan dengan produk baru, 120/70ZR19 untuk model popular BMW R1200GS dan KTM 11 dan 1290 Super Adventure.

Lapisan tayar Dunlop Q3+

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Dunlop, Elite, roda2, Sportmax Q-series, Sportmax Q3+, Sportmax Roadsmart III, Tayar, tayar Dunlop baharu, tayar motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my