Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati V2 Baharu, Enjin Silinder Berkembar Ducati Paling Ringan, 126 hp Dengan Ekzos Perlumbaan
Auto Terkini

Ducati V2 Baharu, Enjin Silinder Berkembar Ducati Paling Ringan, 126 hp Dengan Ekzos Perlumbaan

Abang HirataBy Abang Hirata02/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Copyright GDS

PERKEMBANGAN pengeluar motosikal dari Bologna Panigale, Itali memang rancak dan terbaru Ducati memperkenalkan enjin V2 baharu.

Ducati terus percaya dan melabur di dalam enjin berkembar V 90 darjah dan nadi yang memberi karakter kepada model ikonik syarikat.

Enjin itu telah mencapai lebih 400 kemenangan dan 1,000 podium bagi kategori perlumbaan motosikal yang diasaskan dari model produksi.

Copyright GDS

Mesin terbaru ini merupakan enjin silinder berkembar paling ringan dihasilkan dan menyambung warisan yang dimulakan Pantah dan disusuli Desmodue, Desmoquattro, Testastretta dan Superquadro.

Melalui enjin baharu ini, Ducati telah menunaikan komitmennya dan dalam tempoh tujuh tahun telah memperkenalkan empat enjin baharu, dari Desmosedici Stradale kepada Superquadro Mono, dan dari V4 Granturismo kepada V2.

Copyright GDS

Memerhatikan perkembangan Ducati boleh diibaratkan syarikat ini juga pengeluar ‘inovasi’. Ducati sedang menghayati formula sempurna iaitu pakej motosikal yang bagus dan dipandang tinggi, peminat tersendiri, kejayaan di litar dan semestinya rekabentuk menawan.

V2 baharu dibuat mengikut piawaian Euro5+ dan enjin dengan sesaran 890cc ini dilengkapi sistem pemasaan injap variabel IVT (Intake Variable Timing), pelapik (liner) aluminium dan hanya seberat 54.4 kilogram (kg).

Copyright GDS

Perbandingan:

  • V2 2025: 54.5 kg.
  • Superquadro 955: 63.9 kg (+9.4kg)
  • Testastretta Evoluzione: 60.4 kg (+5.9kg)
  • Scrambler Desmodue: 60.3 kg (+5.8kg)

Model yang menggunakan V2 baharu belum dimaklumkan dan akan didedahkan pada 5 November.

Ciri-ciri enjin V2 Ducati baharu (2025):

  • 890cc, V berkembar, 90º.
  • Pengagihan pacuan rantai (chain driven), aci sesondol atas kembar (DOHC), 4 injap per silinder.
  • Injap pemasaan variabel IVT pada bahagian kemasukan.
  • Batang injap kemasukan hollow stem 38.2 mm, injap ekzos 30.5 mm.
  • Gerek dan lejang: 96 x 61.5 mm.
  • Nisbah mampatan: 13.1±0,5:1.
  • Kuasa maksimum: 120 hp@10,750 rpm, 126 hp dengan ekzos perlumbaan dan tork maksimum 93.3Nm@ 8,250 rpm.
  • 115.6 hp@10,750 rpm, 92.1Nm@8,250 rpm – enjin dengan alternator berkuasa dan nisbah yang disingkatkan untuk dua gear pertama.
  • Badan pendikit 52 mm.
  • Pelapik aluminium pada silinder.
  • Klac basah pelbagai cakera, bantuan servo dan fungsi anti-hopping.
  • Pelinciran takungan (sump) separa basah dengan pam tekanan dan pam penyedut.
  • Kotak gear 6-kelajuan, pilihan Ducati Quick Shift (DQS) 3.0.
  • Sela tukaran minyak enjin pada 15,000 km.
  • Pemeriksaan dan pelarasan kelegaan injap pada 30,000 km.
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Ducati Ducati V2 Ducati V2 2025
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.