Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Serah Superleggera V4 Kepada Pembeli Pertama
Auto Terkini

Ducati Serah Superleggera V4 Kepada Pembeli Pertama

AryonBy Aryon29/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI menyerahkan superbike edisi terhad Superleggera V4 kepada pemilik pertama model itu dengan nombor siri 001/500.  Model itu cuma dihasilkan 500 unit sahaja.

Model itu, yang dikatakan superbike pengeluaran paling ringan di dunia, diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali kepada pembeli dari Belgium, Filip Van Schil yang sebelum ini adalah pemilik sembilan unit Ducati.

Van Schil dijemput mengambil model edisi terhad itu di kilang Borgo Panigale dan pada masa sama turut mengadakan jelajah khas di fasiliti berkenaan. Di situ, beliau berkesempatan melihat sendiri barisan pengeluaran model tersebut secara lebih dekat.

BACA >>> Ducati Superleggera V4 Siri #001 daripada 500 Unit Edisi Terhad Sudah Siap!

Sama seperti tawaran diberikan pembeli Superleggera V4 lain, Van Schil diberikan peluang menguji Panigale V4 R atas trek di Mugello. Superbike itu diterima bersama sijil ketulenan dan jentera disimpan dalam kotak kayu dengan grafik istimewa yang dihasilkan khas untuk pengangkutan.

Pakej lain diberikan adalah kit lumba yang membolehkan pemilik menjadi sebahagian barisan kustom SuMisura Ducati untuk mendapatkan penampilan gaya Superleggera V4 mengikut cita rasa peribadi, dan dilengkapkan dengan helmet karbon.

Menariknya, 30 pemilik Superleggera V4 diberikan akses ‘Pengalaman MotoGP’, iaitu peluang menunggang jentera Desmosedici GP di litar dengan bantuan juruteknik Ducati Corse.

BACA >>> CEO Ducati: Superleggera V4 ke Litar Nardo untuk Fasa Pengeluaran Akhir

UJI PANIGALE V4R DI TREK MUGELLO

Superleggera V4 adalah satu-satunya motosikal dunia dengan frem, subfrem, swingarm dan rim gentian karbon yang sah ditunggang atas jalan. Ia dibina berasaskan Panigale V4, tetapi casis yang dipasang hanya seberat 6.7kg, menjadikan berat kering superbike itu 154kg sahaja. Malah, dikurangkan lagi kepada 152kg apabila dipasangkan ekzos Akrapovic.

Dengan angka seringan itu, Superleggera V4 memiliki nisbah kuasa-kepada-berat terbaik berbanding mana-mana motosikal jalanan pengeluaran yang pernah dibina.

BACA >>> Ducati Panigale V4R LEGO Skala 1:1 Ini Boleh Ditunggang, Ambil Masa 400 Jam Disiapkan

GALERI
Auto Terkini Claudio Domenicali Ducati Ducati Superleggera V4 Filip Van Schil Pemilik Pertama Ducati Superleggera V4 roda2 SuMisura Ducati superbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026

    1 Comment

    1. Jan on 29/06/2020 11:26

      mungkin yamaha boleh keluarkan “Y15ZR Superleggera”, full carbon dari frame sampailah ke rim. baru betul collectors edition.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.