Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara
Auto Terkini

Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI sedang membangunkan enjin V4 versi prestasi rendah dan lebih murah untuk model baru, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Claudio Domenicali. Pengeluar berpangkalan di Bologna itu memutuskan mengetepikan enjin V-Twin untuk model perdana superbike dengan memperkenalkan  Desmosedici Stradale 1103cc untuk Panigale V4 baru.

Kini, Ducati merancang mendapatkan pulangan pelaburan menerusi pengenalan model V4 baru pada masa depan.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju

“Akan ada lebih banyak V4 semestinya,” kata Domenicali.

“Enjin itu hebat dan sebenarnya platform yang sangat kuat, solid. Ia sangat ringan, tetapi kotak gear, klac, perumah enjin dibina dengan kukuh. Barisan motosikal premium kami akan menuju arah itu,” katanya lagi.

MODEL MANA SATU?


Namun, model manakah yang akan menggunakan enjin baru itu? Dari segi kos pembuatan, jentera V4 akan memiliki aplikasi yang terbatas. Ducati mendakwa masa pemasangan ialah hampir dua kali ganda berbanding V-Twin. Ini bermaknan tiada model middleweight utnuk enjin tersebut.

Salah satu calon utama ialah Ducati Diavel baharu, tetapi selepas melihat model itu pada acara World Ducati Week, ia cuma akan menggunakan enjin Testastretta DVT V-Twin, sama seperti saudaranya, X-Diavel.

Jadi hanya tingal tiga pilihan, Multistrada V4, sports tourer b

esar atau supernaked 4 silinder yang akan berdepan satu-sama satu dengan model lawan seperti Aprilia V4 Tuono. Domenicali membayangkan model itu ialah Multistrada yang dijangka diperkenalkan selewat-lewatnya 2020 sebelum model lain menyusul.

BACA >>> #Videotomotif: Bunyi Enjin V4 Ducati Lebih Mengancam?

Menurut Ducati, cuma ada satu V4 baru akan didedahkan tahun ini, iaitu Panigale V4 versi lejang pendek ‘R’  dengan kapasiti enjin diturunkan di bawah 1,000cc untuk mematuhi peraturan homologasi Kejuaraan Dunia Superbike (WSB).

Domenicali berkata, pada masa depan akan ada lebih banyak aplikasi baru V4 kerana Ducati tidak hanya akan mengambil enjin itu dan menggunakannya hanya sebagai enjin. Motor baru akan dibina berasaskan teknologi ini, tetapi perlukan lebih banyak talaan untuk jarak jauh dan penyenggaraan rendah, serta di sinilah pembangunan yang akan kami tumpukan.

“Ia mengambil masa kerana kami mahu ia dibuat dengan betul, inilah apa kami sedang buat,” katanya.

SUMBER: MCN

Auto Terkini Claudio Domenicali Ducati enjin enjin Ducati Enjin V4 Ducati Multistrada V4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.