• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Panigale V4 R Kini di Malaysia, Hanya Ada 4 Unit - Harga RM299,900 Sahaja!

Ducati Panigale V4 R Kini di Malaysia, Hanya Ada 4 Unit - Harga RM299,900 Sahaja!

March 20, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

17.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI mungkin salah satu jentera yang anda idamkan selama ini. Ducati Panigale V4 R kini dalam perjalanan ke Malaysia dan menariknya hanya empat unit saja dibawa masuk. 

Berdasarkan maklumat dikongsi laman Facebook Ducati Kuala Lumpur, jentera itu bakal dijual pada harga anggaran RM299,900 dan mereka yang berminat boleh membuat tempahan. 

Aspek mekanikal, Ducati Panigale V4 R dipadankan dengan enjin 998cc Desmosedici dan hanya memiliki berat kering 172kg. Superbike ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 221hp @ 15,250rpm dan tork 111Nm @ 11,500rpm. Jika dipakejkan dengan ekzos Ducati Performance daripada Akrapovic, jentera buas ini mampu menjana kuasa hingga 234hp @ 15,500rpm.

Sama seperti Ducati V4 Stradale, silinder enjin 90º dimiringkan 42º dari horizontal. Enjin Panigale V4 R memiliki nisbah mampatan dengan pengehad-rev 14:1, atau 16,000rpm (16,500rpm dalam gear 6), dan memiliki aci engkol putar lawan (counter-rotating).  

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju

Berikut beberapa fakta tentang enjin Panigale V4 R:

  • Aci engkol besi tempa dengan lejang pendek.
  • Piston aluminium dengan gelang mampatan tunggal berserta gelang minyak (oil ring).
  • Kon rod titanium.
  • Injap ambilan titanium.
  • Badan terotel oval (setara Ø 56mm) dan bukaan terotel aerodinamik.
  • Hon ambilan udara variabel-tinggi.
  • Panjang manifold ekzos dioptimumkan.
  • Kepala silinder dengan salur ambilan besar.
  • Penapis udara boleh telap tinggi Sprintfilter P08.

BACA >>> Ducati Panigale V4 S Benamkan Rekod Bertahan Yamaha R1 di Litar Buddh, India

Panigale V4 R juga didatangkan dengan instrumen paparan warna TFT 5 inci, sama seperti V4 Stradale. Apa yang berubah ialah rekaan grafik yang direka semula supaya sepadan imej lumba. Bahagian roda dilengkapkan rim aluminium tempa Marchesini hitam yang dibalut tayar Pirelli Diablo Supercrosa SP (120/70 depan; 200/60 belakang).

Tugas membrek dikendalikan kaliper monoblok Brembo Stylema dengan cakera 330mm di depan, dan kaliper 2 piston Brembo dengan cakera 220mm di belakang, manakala ABS selekoh diberikan sebagai ciri standard.

Tunggu apa lagi, siap-siap pecah tabung, dan satu daripada superbike paling seksi ini bakal jadi milik anda 🙂

BACA >>> #BikinMotor: Ducati Panigale V4 Versi Streetfighter yang Mampu Buat Rusuk Bergetar

17.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati Panigale V4 R, Ducati Panigale V4 R (2019), Ducati Panigale V4 R Malaysia, Ducati Panigale V4R, enjin Ducati Panigale V4 R, harga Ducati Panigale V4 R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my