Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Multistrada V4 2025 Diperkenal dengan Banyak Ciri Baharu, Rupa Depan Dipertingkat
Roda2

Ducati Multistrada V4 2025 Diperkenal dengan Banyak Ciri Baharu, Rupa Depan Dipertingkat

Abang HirataBy Abang Hirata24/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Panigale V4 2025 serba baharu diperkenal, kini giliran Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2025 versi dipertingkat menjengah pasaran.

Ducati Multistrada V4 generasi keempat masih baharu yang dilancar pada November 2020. Seperti biasa, Ducati tidak duduk diam dan ada saja pembaharuan dibuat seperti pengenalan model Pikes Peak setahun berikutnya dan V4 Rally pada September 2022.

Ducati Multistrada V4 S 2025

Antara siri V4 itu, V2 dan V2 S diperkenal pada September 2021 bagi menggantikan Multistrada 950. Karakter kembara Ducati Multistrada V4 2025 diangkat lebih tinggi berikutan pakej naik taraf termasuk rekabentuk depan baharu.

Ciri Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2025

1. Rekabentuk

  • Rekabentuk depan baharu dengan perkadaran lebih agresif.
  • Rupa depan ala Panigale V4.
  • Lampu kembar depan diserlahkan dengan komponen berwarna (berbanding hitam) yang menjadi sudut tumpuan dan turut membawa pengaruh 916 dan 1098.
  • Rekabentuk peredam ekzos lebih tajam atau nampak seperti bentuk parang.

2. Suspensi V4 S

  • Suspensi semi-aktif dengan tetapan Skyhook DSS EVO ditambah baik yang lebih jitu dan cekap. Sensor baharu pada fork dan dilengkapi fungsi ramalan seperti pengesanan ‘bump’ yang boleh menyesuaikan respons suspensi belakang secara masa nyata.
  • Fungsi imbang diri (self-levelling) dengan tetapan rider, rider+passenger dan luggage yang mana penunggang boleh mengubah respons suspensi walaupun ketika menunggang menerusi butang khas.

3. Keselamatan dan Teknologi

  • Tambahan fungsi Amaran Perlanggaran Depan (FCW) sebagai amaran kepada penunggang mengenai risiko kemalangan melalui skrin (V4 S).
  • Lampu Brek Ducati baharu mengaktifkan lampu isyarat bahaya lebih pantas kepada kenderaan di belakang ketika membrek kecemasan.
  • Tunggangan malam lebih baik – Lampu Belok Ducati (DCL) menerangi jalan dalam keadaan miring (leaning) dan lampu depan dioptimum bagi mengurangkan kawasan bayang pada bahagian depan roda.
  • Fungsi nyalaan Coming Home menghidupkan lampu bawah beberapa saat selepas enjin dimatikan.
  • Fungsi Ducati Vehicle Observer (DVO) baharu memperkemas tetapan ABS Cornering, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) dan Kawalan Traksi Ducati (DTC) yang dibangunkan Ducati Corse dalam MotoGP.
  • Tiga tetapan Kawalan Brek Enjin(EBC) yang membolehkan penunggang mengubah tetapan brek enjin mengikut gaya tunggangan.
  • Sistem Brek Digabung Elektronik (ECBS) dengan pelarasan brek depan dan belakang yang turut mengambil kira beban.
  • Selain tetapan depan ke belakang, model baharu ini turut dilengkapi tetapan belakang ke depan yang mengoptimum kuasa brek apabila hanya menggunakan kawalan belakang.
  • Fungsi Peranti Mendap Automatik (Automatic Lowering Device, ALD) menurunkan motosikal dengan pantas pada julat 30mm dan secara automatik pada halaju 10kmj ke bawah.
  • Motosikal kemudian dinaikkan semula mengikut ketinggian asal pada halaju lebih 50kmj. Ciri ini berfungsi automatik dan boleh dipadamkan.
  • Mod Wet baharu yang direka untuk tunggangan atas permukaan basah dan kurang cengkaman.
  • Mod Enduro Riding mengaktifkan Mod Power yang mengehadkan kuasa kepada 114hp dengan respons dinamik dan langsung untuk kegunaan off-road.
  • Intervensi DTC lebih rendah dengan DWC dan ABS roda belakang dimatikan. Tetapan seperti fungsi selekoh dan pengesanan kenaikan belakang disesuaikan mengikut kegunaan off-road.
  • Panel meteri TFT berwarna 6.5 inci dengan antaramuka baharu.

4. Selesa untuk Pembonceng

Ducati Multistrada V4 2025
  • Pannier dan kotak belakang dianjak ke belakang untuk lebih ruang bagi kaki pembonceng.
  • Rak aluminium untuk kotak belakang memberi lebih banyak keanjalan kepada pembonceng apabila kotak dipasang.

5. Enjin dengan Nyah Aktif Lebih Panjang

  • Enjin V4 1,158cc Granturismo dengan homologasi Euro5+ dan prestasi dikekalkan.
  • Output kuasa 170hp @ 10,750rpm, dan tork 123.8Nm @ 9,000rpm.
  • Tetapan nyah aktif lebih panjang atau lama pada silinder belakang.
  • Silinder belakang turut dimatikan dalam beberapa lagi situasi (selain tidak bergerak dan enjin melahu) bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.
  • Nyah aktif silinder berlaku ketika motosikal sedang bergerak dan dihidupkan kembali apabila halaju meningkat atau lebih banyak daya kilas diperlukan.

6. Casis

  • Gantungan swingarm dialihkan 1mm lebih tinggi dan meningkatkan kesan ‘anti-squat’ suspensi dan menjadikan tunggangan lebih jitu dan berkesan dalam muatan penuh.
  • Monoshock boleh menampung lebih banyak julat pra-beban daripada 12mm hingga 20mm.

7. Pakej dan Trim Baharu

  • Tawaran baharu Sport Travel & Radar dan Adventure Travel & Radar
  • Antara komponen baharu diperkenalkan adalah seperti tongkat tengah, pelana dan pemegang hendal dengan pemanas, radar depan dan belakang baharu.
  • Pakej Sport merangkumi pannier dan rim tempa dengan pengurangan berat sebanyak 2kg.
  • Pakej Adventure dilengkapi pannier aluminium dan rim lid.
Ducati Multistrada V4 2025
Ducati Multistrada V4 2025
Ducati Multistrada V4 S 2025
Ducati Multistrada V4 S 2025
Ducati Ducati Multistrada Ducati Multistrada V4 Ducati Multistrada V4 S roda2
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.