Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Malaysia Perkenal Panigale V2, Multistrada V2 2025 di Pratonton Eksklusif
Roda2

Ducati Malaysia Perkenal Panigale V2, Multistrada V2 2025 di Pratonton Eksklusif

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia

DUCATI Malaysia rasmi memperkenalkan model 2025 baharu Panigale V2 dan Multistrada V2 melalui sesi pratonton eksklusif di bilik pameran utama Ducati sempena acara Naza Automania Vol3.

Acara itu turut disertai ahli kelab Ducati Owners Club (DOC) Malaysia, peminat setia Ducati dan wakil pengedar rasmi.

Sorotan Acara Pratonton

Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Naza Automotive Holdings, Rizal Jailan berkata;

Panigale V2 dan Multistrada V2 baharu ini mencerminkan keseimbangan sempurna antara inovasi, prestasi dan gaya, sekali gus menjadikan pengalaman Ducati lebih mudah dicapai penunggang di Malaysia.”

Enjin V2 Baharu: Ringan, Berkuasa

Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia
Ducati Panigale V2
Enjin Ducati Panigale V2

Kedua-dua model dikuasakan enjin 890cc V2 baharu patuh Euro5+ dengan berat hanya 54.4kg, yang juga enjin kembar Ducati paling ringan, iaitu 9.4kg lebih ringan berbanding Superquadro 955.

Teknologi pemasa variabel Intake Variable Timing (IVT) membolehkan hantaran kuasa lebih lancar dalam semua julat rev, manakala 70 peratus tork maksimum tersedia seawal 3,000rpm.

Enjin itu juga menawarkan selang penyenggaraan lebih panjang dengan pemeriksaan kelegaan injap (valve clearance) setiap 45,000km.

Ducati Panigale V2 2025: Ringan, Tajam dan Agresif

Ducati Panigale V2

Sebagai supersport kembar Ducati paling ringan (179kg), Panigale V2 baharu direka dengan gabungan kelajuan dan kawalan lebih mudah. Model V2 S pula hadir lebih ringan (176kg) dengan suspensi Öhlins, bateri litium-ion dan brek Brembo Monobloc M50.

Rekabentuk mengambil ilham Panigale V4 dengan lampu LED penuh, aerodinamik tajam dan ekor gaya MotoGP.

Tangki baharu dan pengurusan aliran udara dipertingkat untuk menambah keselesaan tanpa mengorbankan kawalan tayar depan.

Dikuasakan enjin 890cc V2, Panigale V2 menghasilkan output kuasa 120hp @ 10,750rpm dan 93.3Nm @ 8,250rpm. Sistem elektronik dikawal unit injuran inersia (IMU) enam paksi, terdiri daripada ABS Belokan, Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC), Kawalan Brek Enjin (EBC) dan Quickshift 2.0.

Semua fungsi itu terpapar pada panel meter TFT 5 inci dengan empat mod tunggang.

Ducati Multistrada V2 2025: Kembara Harian Lebih Selesa

Ducati Multistrada V2S

Ducati Multistrada V2 baharu tampil sebagai model advencer middleweight yang lebih ringan (199kg) dengan rekabentuk serba baharu seperti muncung depan lebih pendek, aerodinamik bersepadu dan pelana boleh laras serendah 790mm untuk model V2 S.

Dijana enjin 890cc V2 dengan output kuasa 115hp @ 10,750rpm dan 92Nm @ 8,250rpm, Ducati Multistrada V2 menawarkan keseimbangan antara prestasi di jalan raya dan kemampuan rentas sempadan.

Model V2 S menerima tambahan suspensi Skyhook semi-aktif, Ducati Quick Shift (DQS), kawalan jelajah, dan sistem elektronik premium seperti ABS Belok, DTC, DWC, mod tunggang dan sambungan telefon pintar.

Rekabentuk serba baharu dengan lampu LED penuh, pelana ergonomik dan binaan lebih ringan menjadikan model itu sebagai pilihan praktikal untuk tunggangan harian, kembara jauh atau jelajah hujung minggu.

Harga, Ketersediaan

Harga Ducati Panigale V2 dan Multistrada V2

Kedua-dua model Ducati Panigale V2 2025 dan Ducati Multistrada V2 2025 kini boleh ditempah di pengedar rasmi Ducati Malaysia seluruh negara.

Harga bermula:

  • Panigale V2 2025 – RM125,000
  • Multistrada V2 2025 – RM112,000
Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia
Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia
Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia
Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia
Ducati Malaysia lancar Panigale V2 dan Multistrada V2 untuk pasaran Malaysia
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Multistrada V2
Ducati Panigale V2
Enjin Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Copyright GDS
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Copyright GDS
Ducati Panigale V2
Copyright GDS
Ducati Panigale V2
Copyright GDS
Ducati Panigale V2
Ducati Panigale V2
Copyright GDS
Ducati Panigale V2
Ducati Ducati Bike Ducati Malaysia Ducati Multistrada V2 2025 Ducati Panigale V2 (2025) Naza Automania roda2
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Marco Bezzechi juara GP Thailand 2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026: Aprilia Juara Aksi Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.