Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
Roda2

Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI ada banyak model menarik dan dalam barisan ditawarkan, Ducati Diavel dilihat menyerlah dengan rekabentuk tersendiri.

Ducati Diavel ialah model cruiser dan generasi pertama debut pada 2010, manakala generasi kedua menyusul pada 2015. Sebagai antara negara penggemar Ducati, Ducati Diavel 1260 S dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada 2019 yang dijual pada harga RM139,900.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia

Sepanjang penawaran itu, Ducati Diavel turut hadir dalam beberapa edisi terhad seperti AMG Edition pada 2012 dan 1260 Lamborghini pada 2020.

Terbaharu Ducati Diavel V4 diperkenalkan dengan pelbagai perubahan seperti penggunaan enjin 1,158cc Granturismo V4 bagi menggantikan enjin 1,262cc V-Twin. Berikut perincian tentang model baharu itu:

Enjin

  • 1,158cc Granturismo V4 (turut digunakan Ducati Multisrada V4, Ducati Panigale V4 dan Ducati Streetfighter V4).
  • Output kuasa 168hp @ 10,750rpm dan tork 126Nm @ 7,500rpm.
  • Kuasa lebih tinggi dan tork sedikit rendah daripada Ducati Diavel 1260 S (159hp @ 9,500rpm, tork 129Nm @ 7,500rpm).
  • Tork 4.9Nm lebih tinggi daripada Ducati Multistrada V4.
  • Pecutan 0-100kmj bawah 3 saat.
  • Selang servis utama setiap 60,000km.
  • Fungsi nyah aktif silinder belakang ketika berhenti atau pada putaran rev rendah.
Rekabentuk
  • Membawa elemen model terkini Ducati.
  • Diilhamkan daripada kereta muscle dengan gaya muskular dengan bentuk seperti atlet yang sedia untuk berlari.
  • Bentuk beban ditumpukan pada bahagian depan, manakala belakang bergaya garis alur.
  • Ada empat paip ekzos di sisi.
  • Lampu siang (DRL) bentuk C kembar, manakala lampu signal belok disepadukan pada hendal dan di depan takungan cekam dan brek.
  • Kluster lampu belakang LED menjadi antara ciri menonjol selain ekzos empat paip.
  • Bar genggam belakang jenis teleskopik.
  • Kowl pelana belakang dibekalkan sebagai standard.
  • Saiz tayar besar 240/45 dengan rim aloi lima rongga.
  • Ada dua pilihan warna, Ducati Red (merah) atau Thrilling Black (hitam).
Casis dan Badan

  • Berat kering 223kg.
  • Pengurangan berat lebih 13kg (5kg pada enjin dan 8kg pada motosikal) berbanding Ducati Diavel 1260 S.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 50mm di depan, dan monoshock dengan travel bertambah 15mm di belakang.
  • Sistem brek cakera kembar 330mm dengan kaliper Brembo Stylema di depan.
  • Tinggi pelana 790mm.
Sistem Elektronik

  • Ada empat mod tunggang: Sport, Touring, Urban dan Wet.
  • Kawalan Jelajah, Kawalan Mula Pandu.
  • Kawalan Traksi Ducati (DTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh, dan Kawalan Wheelie Ducati (DWC).
  • Quickshifter Ducati (DQS dua arah (atas-bawah) untuk anjakan gear lebih lancar.
  • Panel meter TFT berwarna 5 inci.

Ducati Diavel V4 (2023) dijadualkan berada di bilik pameran pengedar Eropah bermula Januari 2023 dan bulan berikut meyusul di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Ducati Panigale V4 R (2023) yang Hampir Mirip Jentera WorldSBK, Kuasa 240.5hp!
BACA >>> Ducati Perkenal Set Penuh Aksesori Ducati Multistrada V2

158cc Granturismo V4 cruiser Cruiser Ducati Ducati Ducati Diavel Ducati Diavel V4 Ducati Diavel V4 (2023) roda2
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.