Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Diavel 1260 Raih Rekabentuk Terbaik dalam Anugerah Red Dot 2019
Auto Terkini

Ducati Diavel 1260 Raih Rekabentuk Terbaik dalam Anugerah Red Dot 2019

AryonBy Aryon28/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Diavel 1260 merangkul Anugerah Rekabentuk Red Dot buat kali ketiga selepas kali pertama meraihnya pada 2013 menerusi 1199 Panigale dan 2016 untuk XDiavel S.

Pengurus Pusat Gaya Ducati, Andrea Ferraresi mengakui bukan mudah memenangi pengiktirafan penting dan dicari-cari seperti Anugerah Red Dot.

“Kemenangan kali ketiga buat motosikal ikonik Diavel 1260 ini ialah penghargaan kepada kreativiti dan inovasi Ducati, yang membuatkan kami bangga,” katanya.

BACA >>> Ducati XDiavel (2019) Perkenal Warna Baharu Lebih Agresif, Berkarakter

Ferraresi berkata, walaupun Ducati menyedari motosikal dihasilkan pengeluar itu memiliki rekabentuk menarik, halus dan menawan, tetapi apa yang selalu memuaskan hati dan merangsang kalangan mereka yang bekerja dalam bidang rekabentuk dan gaya ialah untuk mendapat pengiktirafan seperti Anugerah Red Dot.

“Ada banyak penyertaan daripada pesaing utama rekabentuk seluruh dunia bersaing untuk anugerah tersebut. Sekarang kami melihat ke depan untuk tahap keghairahan sama daripada peminat kami; faktanya, motosikal-motosikal itu sudah pun ada di pengedar Ducati,” katanya.

BACA >>> Benelli 402S – ‘Ducati Diavel’ Versi Mampu Milik

Kemuncak kepada Anugerah Red Dot ialah acara gala yang akan berlangsung pada 8 Julai ini di Aalto Theatre di Essen, Jerman dengan 1200 audien jemputan daripada pelbagai wakil rekabentuk antarabangsa. Selain Diavel 1260, Yamaha turut memenangi anugerah sama menerusi motosikal tiga roda, Yamaha Niken.

GALERI
Ducati Diavel 1260
Ducati Diavel 1260 S
Ducati Diavel 1260 S

SUMBER: VisorDown

Andrea Ferraresi Anugerah Rekabentuk Red Dot 2019 Auto Terkini Ducati Ducati Diavel 1260 Red Dot Design Award Red Dot Design Award 2019 roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.