Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dua Lagi Kakitangan Puspakom Dipanggil Beri Keterangan
Auto Terkini

Dua Lagi Kakitangan Puspakom Dipanggil Beri Keterangan

SyafieBy Syafie02/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSPAKOM mengambil maklum dan bertindak membetulkan beberapa maklumat tidak tepat berhubung laporan media mengenai Ops Gempur dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), baru-baru ini.

Sebagai penjelasan, hanya dua kakitangan dari cawangan Puspakom Wangsa Maju yang memberi keterangan kepada JPJ, bukan tiga orang seperti dilaporkan beberapa media. Ada seorang pengurus wilayah turut hadir menemani kakitangan tersebut, tetapi beliau bukan individu yang terlibat memberi keterangan.

Logo JPJ

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman dalam sidang media hari ini berkata, hari ini dua lagi kakitangan diminta tampil memberi keterangan dan salah seorang kakitangan sudah bekerja tiga tahun, manakala seorang lagi tiada sebarang rekod buruk sepanjang empat tahun perkhidmatannya.

Jadi kedua-dua kakitangan itu dilihat tiada sebarang isu melibatkan integriti dalam syarikat.

CUMA SATU KENDERAAN DISITA, BUKAN TUJUH

Puspakom turut membetulkan laporan mengenai jumlah kenderaan disita dalam operasi berkenaan. Di cawangan Wangsa Maju, sebenarnya hanya satu kenderaan disita, bukan tujuh kenderaan, iaitu lima kereta dan dua lori seperti dilaporkan.

Tindakan sita terhadap sebuah kenderaan itu dibuat kerana pemandu tiada lesen memandu dan juga bukan warga Malaysia.

Puspakom Cawangan Wangsa Maju

Setakat ini, Puspakom tidak menerima sebarang saman daripada JPJ sepanjang Ops Gempur tersebut yang sudah memasuki hari ketiga. Berikut jumlah cawangan Puspakom yang terlibat dalam operasi JPJ:

  • 30 Disember 2024 – 43 cawangan
  • 31 Disember 2024 – 42 cawangan
  • Setakat jam 2 petang hari ini (2 Januari 2024) – dua cawangan (Glenmarie dan Seremban)

Sebagai pemegang lesen pemeriksaan kenderaan pertama di Malaysia, Puspakom sentiasa bekerjasama dengan JPJ untuk memastikan pemeriksaan yang dijalankan mematuhi piawaian ditetapkan Kerajaan melalui pemeriksaan berjadual dan juga secara mengejut.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Gempur JPJ PUSPAKOM Puspakom Wangsa Maju
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.