Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Dua Jentera Ikonik Sentuhan Liberty Walk Tayang di TASKL 2025 Bulan Depan!
Roda4

Dua Jentera Ikonik Sentuhan Liberty Walk Tayang di TASKL 2025 Bulan Depan!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Dua jentera ikonik tayang di Tokyo Auto Salon KL (TASKL) 2025
KEPADA peminat dunia automotif dan modifikasi. Dua kereta legenda sentuhan syarikat talaan automotif dari Jepun, Liberty Walk bakal ditayangkan eksklusif di pameran automotif Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025.

Acara permotoran itu akan berlangsung 8 hingga 10 Ogos nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Menariknya, pengasas Liberty Walk, Wataru Kato turut akan hadir memeriahkan acara tersebut.

Selain bergambar dengan jentera ikonik, pengunjung juga boleh singgah ke reruai rasmi Liberty Walk untuk mendapatkan barangan eksklusif dan berpeluang bertemu Kato.

Ferrari F40 LBWK – Lagenda dengan Sentuhan Moden

Ferrari F40 LBWK di TASKL 2025
Ferrari F40 LBWK di TASKL 2025

Antara bintang utama acara tahun ini ialah Ferrari F40 yang diberi nafas baharu daripada Liberty Walk. Model itu diperkenalkan semula pada 2023 dan bakal mencuri perhatian ramai kerana penampilan radikal dan jauh berbeza berbanding asal.

Kereta berkenaan masih mengekalkan enjin asalnya, V8 2.9L turbo kembar yang menjana output kuasa 471hp dan tork 578Nm.

Namun, modifikasi ketara seperti kit badan lebar bolt-on, suspensi direndahkan, dan balutan badan putih dengan logo bulat merah menjadikan model itu kelihatan seperti pesawat pejuang Jepun A6M Zero.

Modifikasi Utama

  • Fender lebar bolt-on
  • Suspensi lebih rendah
  • Difuser depan dan belakang
  • Spoiler belakang besar
  • Kowl depan dan skirt sisi rekaan baharu

Gabungan itu membuatkan rupa Ferrari F40 jauh lebih garang dan agresif, iaitu interpretasi moden yang mencabar kebiasaan.

Ferrari F40 LBWK di TASKL 2025
Ferrari F40 LBWK di TASKL 2025
Ferrari F40 LBWK di TASKL 2025
Ferrari F40 LBWK di TASKL 2025

Super Silhouette ER34 – Gaya Retro yang Berani

Super Silhouette ER34 di TASKL 2025

Satu lagi jentera yang bakal mencuri perhatian ialah Super Silhouette ER34, diilhamkan daripada Nissan Skyline KDR30 yang menyertai perlumbaan Super Silhouette Series pada era 1980-an.

Liberty Walk kali pertama memperkenalkan model itu di TAS Jepun  pada 2020. Enjin asal digantikan L28 3.1L stroker dengan tiga karburetor Solex 50mm.

Rekabentuk luaran mencerminkan gaya perlumbaan agresif era lalu yang lengkap dengan bampar depan besar, fender berkotak lebar, bonet baharu, difuser belakang, dan spoiler belakang menonjol. Ciri tambahan yang menyempurnakan rupa agresif Nissan Skyline KDR30 ialah:

  • Rim Yokohama Advan Racing GT 18×11 inci
  • Ekstender hab
  • Sistem suspensi udara
Super Silhouette ER34 di TASKL 2025
Super Silhouette ER34 di TASKL 2025
Super Silhouette ER34 di TASKL 2025
Super Silhouette ER34 di TASKL 2025

Harga Tiket TASKL 2025

Logo Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)

  • Dewasa (1 hari): RM48
  • Kanak-Kanak (6-12 tahun): RM30
  • Family Combo (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM120
  • Pas 3 hari (dewasa): RM120
  • Diskaun 50 peratus untuk pemegang kad OKU dan penjaga
  • Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 5 tahun

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti saluran media sosial Tokyo Auto Salon KL di Facebook, Instagram, dan TikTok.

ER 34 Super Silhouette Ferrari F40 Liberty Walk Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.