Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dua Drebar, Kelindan Lori Mengaku Salah Seludup 127 Kambing
Auto Terkini

Dua Drebar, Kelindan Lori Mengaku Salah Seludup 127 Kambing

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA pemandu lori dan seorang kelindan lori mengaku bersalah menyeludup kambing dalam dua kes berasingan selepas dihadapkan ke Mahkamah di Terengganu hari ini.

Kes pertama membabitkan seorang drebar lori dan kelindan menyeludup 78 kambing jantan. Kes kedua pula melibatkan seorang pemandu lori dengan 49 kambing betina. Semua ternakan itu dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

KES PERTAMA

  • Muhammad Hafihnizam Idris, 30, dan Mohammad Sharif Abd. Rahman, 23, mengaku bersalah menyeludup 78 kambing bernilai RM22,951.20.
  • Mereka didakwa di Mahkamah Majistret Setiu.
  • Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman denda RM10,000 seorang selepas tertuduh mengaku bersalah.
  • Kedua-dua lelaki itu didakwa memindahkan 78 kambing yang dimasukkan dalam guni dengan menggunakan lori jenis Isuzu tanpa memiliki Perakuan Kebenaran Pindah dan Kesihatan Veterinar daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau pegawai yang diberi kuasa olehnya.
  • Kesalahan dilakukan di tepi jalan di Kampung Penarik di Permaisuri, Setiu pada jam 7.50 petang, 13 Disember 2023.
  • Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut perenggan 4(1)(c) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah bagi (Negeri Terengganu) (Tr.P.U.1) 2023 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 36 (7) akta sama yang membawa denda maksimum RM15,000.

KES KEDUA

  • Mohd Farhan Ab Rahim, 36, didenda Mahkamah Majistret Setiu RM8,000 atas kesalahan sama.
  • Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Ainis.
  • Tertuduh didakwa memindahkan 49 kambing betina bernilai RM13,160 tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), tahun lalu.
  • Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhadapan Mahkamah Setiu kira-kira jam 8.45 malam, 12 Julai 2023.

Mahkamah memerintahkan hasil jualan 78 kambing jantan dan 49 kambing betina dilucutkan hak menjadi hasil Kerajaan.

Kedua-dua prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Mohd Shahihan Mohd Tahar, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

SUMBER: Utusan | Bernama | HarianMetro | DrAzmanIbrahim

autoterkini lori Isuzu seludup kambing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.