• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / DRB-Hicom Perkenal Trak Komersial Baharu - Tata Super Ace dan Tata Ultra

DRB-Hicom Perkenal Trak Komersial Baharu - Tata Super Ace dan Tata Ultra

April 9, 2018 By AI Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV) kembali memperkenalkan dua kenderaan komersial ringan dan sederhana baharu, Tata Super Ace dan siri Tata Ultra ke pasaran tempatan yang terdiri daripada:

  • Tata Super ACE - RM46,990
  • Tata Ultra 814 - RM86,990
  • Tata Ultra 1014 - RM97,990

TATA SUPER ACE

Pengenalan trak pikap mini 1 tan, Tata Super Ace begitu sesuai untuk pengangkutan antara bandar dan intrabandar dengan dikuasakan enjin 1,405cc yang menampilkan rekabentuk baharu dan teknologi canggih bersama ruang kargo berukuran seluas 3,800 liter.

Bahagian dinding boleh buka dan dek rendah memudahkan operasi memuat naik dan memunggah keluar barang. Ciri dalam kabin seperti kerusi dengan tiga tetapan, stereng dan cermin kuasa elektrik memudahkan pengendalian dan memberikan sisi ergonomik dalam kabin.

Dijana enjin diesel (Euro 2) berkuasa 69hp pada 4,500rpm dan tork 135Nm (2,500rpm), serta kelajuan maksimum 125kmj, Super Ace sesuai dijadikan kenderaan pelbagai tugas untuk perniagaan skala kecil seperti mengangkut bahan pembinaan, biji-bijian, buah-buahan, barangan pengguna hantaran pantas (FMCG) dan sebagai trak makanan, aiskrim atau ruang simpanan mudah alih bergerak.

SIRI KOMERSIAL TATA ULTRA

Bagi perniagaan komersial pertengahan, Tata Ultra boleh dijadikan pilihan yang didatangkan dalam dua varian, Ultra 814 dan Ultra 1014.

Ultra 814 dengan berat 7.5 tan dilengkapi enjin diesel (Euro 3) 3.0L pengecas turbo CRDI generasi baharu yang mampu menghasilkan kuasa 138hp pada 2,600rpm dan tork 390Nm (1,400-2,000rpm).

Hantaran kuasa kepada roda disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan pengehad kelajuan 90kmj. Selain itu, trak tersebut juga didatangkan dengan muatan 4.5 tan dengan opsyen ketinggian 5.5 meter. Ultra 814 memberikan fleksibiliti sepenuhnya kepada pelanggan untuk memenuhi kepelbagaian keperluan perniagaan berbeza.

Sementara itu, Ultra 1014 ialah kenderaan ideal untuk pengangkutan jarak jauh yang menggunakan enjin sama seperti Ultra 814. Trak seberat 10.4 tan  itu dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan baharu (G-550). Jarak roda trak ialah 4,530mm, panjang (8055mm), dan lebar (2,205mm) dengan ketinggian tinggi (2,470mm) menjadikan Ultra 1014 sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan.

DHCV dan Tata Motors akan terus meneroka potensi baharu untuk mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang. Pelanggan Malaysia disokong 24 rangkaian cawangan di lokasi strategik dan kawasan bandar utama seluruh negara.

GALERI
23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: DHCV, DRB-Hicom, DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV), kenderaan komersial ringan, kenderaan komersial sederhana, Roda4, TATA, Tata Motors Limited, Tata Super Ace, Tata Ultra, Trak, Trak pikap, trak pikap komersial, Ultra 1014, Ultra 814

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my