Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bekas CEO McLaren dan CTO Ferrari, Dr Michael Leiters Dilantik Bos Baharu Porsche!
Auto Terkini

Bekas CEO McLaren dan CTO Ferrari, Dr Michael Leiters Dilantik Bos Baharu Porsche!

Abang HirataBy Abang Hirata23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CEO baharu Porsche, Dr Michael Leiters

LEMBAGA Penyeliaan Porsche AG mengumumkan pelantikan Dr Michael Leiters sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Pelantikan itu menandakan peralihan pucuk pimpinan selepas Dr Oliver Blume (foto bawah) yang menerajui Porsche AG sebagai CEO selama 10 tahun dan akan terus berkhidmat sebagai CEO Volkswagen Group.

Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume

Pengerusi Lembaga Penyeliaan Porsche AG, Dr Wolfgang Porsche merakamkan penghargaan atas sumbangan Dr Blume.

Sebagai CEO Porsche AG, Dr Oliver Blume memikul tanggungjawab besar dalam tempoh mencabar dan berjaya menguruskan syarikat.

“Lembaga Penyeliaan Porsche AG mengucapkan terima kasih kepada Dr Blume atas komitmen beliau yang kukuh. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama erat dan penuh kepercayaan dengan beliau sebagai CEO Volkswagen Group,” katanya.

Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume

Di bawah kepimpinan Blume, Porsche AG mencatatkan rekod baharu dalam prestasi tahun kewangan, berjaya melaksanakan Tawaran Awam Permulaan (IPO), meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, dan mencapai kejayaan bersejarah dalam sukan permotoran.

Beliau juga menyediakan perubahan generasi dalam Lembaga Eksekutif Porsche secara strategik dan berjangka panjang.

Blume, yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Volkswagen Group dan Porsche AG, menjelaskan keputusan beliau untuk menyerahkan tugas tersebut.

Selepas 10 tahun bertanggungjawab untuk Porsche AG, saya memutuskan menyerahkan tugas saya kepada pengganti saya akhir tahun demi kepentingan Volkswagen Group.

“Saya bernasib baik dapat membangunkan sebuah syarikat hebat bersama pasukan cemerlang.

“Saya gembira kerana Michael Leiters, seorang profesional berpengalaman dalam perniagaan kereta sport, mengambil alih peranan ini.

“Beliau dan pasukan pengurusan baharu mendapat kepercayaan penuh saya. Saya mendoakan kejayaan mereka.” – Dr Oliver Blume, CEO Volkswagen Group

Leiters bersama McLaren, Ferrari

CEO McLaren, Dr Michael Leiters

Pengganti Blume, Leiters bukan wajah asing dalam industri kereta sport. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai CEO McLaren Automotive dari Julai 2022 hingga April 2025. Sebelum tempoh tersebut, beliau ialah Ketua Pegawai Teknikal (CTO) untuk Ferrari selama lebih lapan tahun.

Beliau juga mempunyai sejarah panjang dengan Porsche AG dan pelantikan tersebut bagaikan sirih pulang ke gagang.

Porsche Macan GTS 2025
Porsche Macan GTS 2025

Sebelum berhijrah ke Ferrari, Leiters memegang pelbagai jawatan di Porsche selama lebih 13 tahun dengan jawatan terakhir bertanggungjawab ke atas siri model Porsche Macan dan Porsche Cayenne.

Wolfgang menyatakan keyakinan terhadap pucuk pimpinan baharu.

Dr Michael Leiters mempunyai pengalaman berdekad dalam industri automotif. Gaya kepimpinan dan kepakaran mendalam beliau adalah pra-syarat ideal untuk berjaya mempengerusikan Lembaga Eksekutif Porsche AG.

Beliau dan seluruh pasukan Lembaga Eksekutif di Porsche AG diberi kepercayaan Lembaga Penyeliaan dalam mengatasi cabaran semasa,” katanya.

Dr. Michael Leiters
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Porsche Macan GTS 2025
Porsche Macan GTS 2025
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Bekas CEO Porsche, Dr Oliver Blume
Logo Porsche
Auto Terkini Dr. Michael Leiters Dr. Oliver Blume Michael Leiters Oliver Blume Porsche Porsche AG
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.