• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dodge Charger Maximus 'Furious 7' Berkuasa 2,250hp Akan Dilelong!

Dodge Charger Maximus 'Furious 7' Berkuasa 2,250hp Akan Dilelong!

November 29, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA Dodge Charger Maximus yang dipandu Dominic Toretto (Vin Diesel) ketika babak akhir filem Furious 7 akan dijual pada acara Riyadh Auction kelolaan Worldwide Auctioneers.

Charger Maximus adalah satu-satunya kereta yang dibina berasaskan frem kustom daripada Scott Spock Racing di Las Vegas. Frem khas itu juga 400 peratus lebih kuat dan 5 inci lebih lebar berbanding struktur asal model 1968.

Kerja-kerja pembinaan struktur badan kereta tersebut mengambil masa lebih 16,000 jam untuk disiapkan tanpa saduran cat. Apa yang ada cuma paparan seni kerja logam yang disaluti lapisan cat jernih kustom.

BACA >>> Dokumentari 'I Am Paul Walker' dalam Pembikinan, Dedah Kisah Hidup Aktor Fast & Furious

Charger Maximus ini dipacu enjin Hemi V8 9.4L Twin-Turbo berkuasa 2,250hp hasil pembikinan Tom Nelson dan pasukannya, Nelson Racing Engines. Pecutan 0-100kmj dapat dicapai sepantas 1.8 saat, manakala kelajuan 257kmj cuma memerlukan 8 saat sahaja! 😱 Menariknya, model ini sah dipandu atas jalan raya biasa.

Sistem suspensi Charger Maximus juga mendapat sentuhan kustom daripada jenis boleh laras. Sistem brek pula menggunakan cakera 356mm dengan kaliper 6-piston. Tambahan lain ialah Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan teknologi GPS.

Khabarnya, Charger Maximus ini akan dipanggil balik untuk sesi rakaman siri Fast & Furious siri ke-9 dan -10.

BACA >>> Ford v Ferrari: Treler Filem Perlumbaan Epik 1960-an Didedahkan

SUMBER: MotorAuthority | WorldwideAuctioneers | CarScoops

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dodge, Dodge Charger Maximus, Dominic Toretto, filem, Furious 7, lelong, Riyadh Auction, Rumah Lelongan, Scott Spock Racing, Vin Diesel, Worldwide Auctioneers

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my