Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dilema Tauke Stesen Minyak, Pendapatan Sekadar ‘Cukup Makan’?
Auto Terkini

Dilema Tauke Stesen Minyak, Pendapatan Sekadar ‘Cukup Makan’?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBIH 50 peratus pengusaha stesen minyak Malaysia dilaporkan beroperasi dalam situasi ‘cukup makan’ atau mengalami kerugian akibat mekanisme penetapan harga runcit petroleum secara mingguan.

Perkara itu diluahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM), Datuk Khairul Anuar Abdul Aziz dengan menggesa Kerajaan supaya menimbangkan mekanisme penetapan harga runcit bahan api secara bulanan.

BACA >>> Tiada Tindakan untuk Warga Singapura Isi RON95, Cuma Pengusaha Stesen Minyak
BACA >>> Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak

Khairul Anuar mendakwa pengusaha stesen minyak terpaksa menanggung kos operasi tinggi disebabkan, dua faktor iaitu:

  • Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan
  • Kenaikan tarif elektrik

Beliau menggambarkan situasi itu sebagai membebankan kerana pengusaha stesen minyak cuma boleh mengambil keuntungan sebanyak 15 sen untuk seliter bahan api.

Dipetik Free Malaysia Today, Khairul Anuar berkata;

Mekanisme penetapan harga secara bulanan lebih stabil bagi pengusaha. Kalau harga mingguan, tak sempat kami nak habiskan stok (dibeli pada harga tinggi) dah turun harga lagi. Jadi, kami rugi banyak. 50 hingga 60 peratus pengusaha sekarang memang sakit kerana margin kurang.

“Pandangan orang luar selalu menganggap harga minyak naik, kami untung besar. Tidak sama sekali kerana pendapatan kami bergantung kepada kuantiti kami jual. Kerajaan sudah tetapkan pengusaha dibenarkan mengambil keuntungan 15 sen saja setiap liter.”

BACA >>> Putin: Tak Mesra Rusia? Guna Mata Wang Ruble Kalau Nak Beli Gas!

PENGUSAHA STESEN MINYAK RUGI APABILA HARGA MINYAK NAIK?

Khairul Anuar menyatakan apabila harga minyak tinggi, pengusaha stesen minyak memerlukan kos besar untuk membeli produk petroleum.

Pada masa sama, pengguna pula mengurangkan penggunaan bahan api, menyebabkan pendapatan pengusaha stesen minyak terjejas.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Tip Asas Jimat Minyak yang Setiap Pemandu Kena Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat

ORANG KAYA PUN PILIH RON95?

Mengulas lanjut, beliau berkata;

Apabila harga RON97 tinggi, jualan produk itu turun 90 peratus kerana ramai pengguna termasuk orang kaya beralih kepada RON95 yang disubsidi Kerajaan.

“Sebab itu kita tengok trend jualan di stesen minyak seluruh negara menunjukkan peningkatan mendadak bagi RON95.

“Penjualan RON97 terlalu sikit, tak dapat tampung kos (operasi) pun. Sampai ada pengusaha terpaksa tutup lampu, kurangkan pekerja.”

HARGA BARANG BOLEH NAIK TAPI MINYAK?

Khairul Anuar berkata lagi;

Kalau industri lain, bila kos naik, contoh macam pelaksanaan gaji minimum baru-baru ini, mereka boleh naikkan harga barang tetapi kami tak boleh sebab (margin) dah ditentukan Kerajaan.”

Kerajaan sudah menetapkan harga siling untuk RON95 pada harga RM2.05 seliter. Minyak diesel dan RON97 pula diapung mengikut harga pasaran. Mekanisme pengapungan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan bermula sejak Mac 2017.

BACA >>> Kementerian Kaji Mekanisme Subsidi Petrol untuk B40, RON95 Bakal Ikut Pasaran Global?
BACA >>> Menteri: Kerajaan Akan Kaji Mekanisme Pemberian Subsidi Petroleum
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?
BACA >>> Potong Cukai Pun Harga Minyak Naik di UK, Penunggang Terjejas?

SUMBER: FMT

Auto Terkini Datuk Khairul Anuar Abdul Aziz Pengusaha Stesen Minyak Ron95 ron97 Stesen Minyak Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.