Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Diesel Mahal, Toyota Hilux BEV Mampu Jadi Penyelamat?
Auto Terkini

Diesel Mahal, Toyota Hilux BEV Mampu Jadi Penyelamat?

Abang HirataBy Abang Hirata09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia

LANDSKAP pasaran automotif Malaysia berdepan cabaran baharu susulan peperangan yang tercetus di Timur Tengah.

Harga bahan api tanpa subsidi melonjak naik dan kesannya dirasa dengan ketara oleh pengguna diesel.

Dalam tempoh tiga bulan berturut-turut, jualan Toyota Hilux menyaksikan peningkatan dan adakah momentum ini dapat dikekalkan dalam pada bulan-bulan mendatang?

Satu kebetulan, Hilux BEV dilancarkan di tengah-tengah kemelut kenaikan diesel dan mampukah pikap elektrik ini menggantikan Hilux yang popular sejak sekian lama?

Isu Subsidi & Lonjakan Harga Bahan Api

Situasi ekonomi semasa telah memaksa perubahan besar pada struktur harga di pam bagi minggu 9 hingga 15 April 2026.

Menurut KPDN, anggaran peruntukan bulanan bagi Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melonjak ke RM2.2 bilion pada Mac lalu hampir tiga kali ganda berbanding RM700 juta sebelum itu.

Harga petrol dan diesel 9 hingga 15 April 2026:

  • Diesel B10/B20: RM6.72 seliter (Naik 70 sen)
  • Euro 5 B7: RM6.92 seliter
  • RON 95 (Tanpa Subsidi): RM4.27 seliter
  • RON 97: RM5.35 seliter
  • Bantuan Budi Madani: RM300 sebulan (Diteruskan bagi April 2026)

Prestasi Pendaftaran Toyota Hilux Q1 2026

Berdasarkan data pendaftaran rasmi, Toyota Hilux mempamerkan pergerakan yang dinamik dalam carta 10 model terlaris Malaysia.

Hilux memulakan tahun di kedudukan ke-10 pada Januari, sebelum mendaki ke tangga ke-9 pada Februari.

Walau bagaimanapun, pendaftaran pada bulan Mac menyaksikan Hilux terkeluar daripada kelompok elit apabila menduduki tangga ke-12 keseluruhan:

  • Januari: 1,338 unit (Kedudukan ke-10)
  • Februari: 1,677 unit (Kedudukan ke-9)
  • Mac: 1,749 unit (Kedudukan ke-12)
  • Jumlah Kumulatif (YTD Q1): 4,764 unit

Toyota Hilux Raja Pikap

Meskipun terkeluar dari senarai 10 terlaris, Hilux terus mendominasi segmen trak pikap dengan jurang yang sangat ketara.

Pendaftaran Hilux pada Mac sebanyak 1,749 unit adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada gabungan ketiga-tiga pesaing utamanya yang hanya berjumlah 815 unit:

  • Toyota Hilux: 4,764 unit
  • Ford Ranger: 788 unit (Jan: 251, Feb: 263, Mac: 274)
  • Isuzu D-Max: 782 unit (Jan: 249, Feb: 261, Mac: 272)
  • Mitsubishi Triton: 774 unit (Jan: 247, Feb: 258, Mac: 269)

Hilux BEV vs Diesel: Jurang Harga yang Mencabar

Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia

Walaupun harga diesel sedang melonjak, faktor harga jualan kenderaan tetap menjadi penentu utama.

Toyota Hilux BEV dijual pada harga RM226,300 dan jauh lebih tinggi berbanding Hilux diesel yang bermula dari RM104,880 sehingga RM173,280.

Jurang harga yang mencecah sehingga RM121,000 menyukarkan pengguna awam dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk beralih kepada teknologi elektrik sepenuhnya.

Simbol Hijau Korporat & Agensi Utiliti

Mampukah Hilux BEV menggantikan populariti model diesel?

Dengan harga melebihi RM220 ribu, mungkin sukar untuk pengguna awam dan SME.

Namun, Hilux BEV sangat relevan untuk dijadikan sebagai simbol hijau bagi syarikat korporat dan agensi utiliti utama.

Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia

Organisasi besar seperti TNB, TM, Indah Water, Prasarana, Maxis, Axiata dan banyak lagi boleh menggunakan Hilux BEV sebagai bukti komitmen mereka terhadap sasaran emisi sifar.

Dengan spesifikasi 144kW (196ps), bateri 59.2kWj dan jarak pemanduan 257 km (WLTP), model ini bersesuaian untuk kegunaan operasi di kawasan bandar yang memerlukan imej korporat yang bersih tanpa mengorbankan ketahanan off-road signatur Hilux.

Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia

Kedudukan Jenama Suku Pertama (YTD Mac 2026)

Berikut adalah kedudukan 10 jenama teratas mengikut pendaftaran terkumpul (YTD) setakat Mac 2026:

  1. Perodua: 74,233 unit
  2. Proton: 48,440 unit
  3. Toyota: 22,208 unit
  4. Honda: 13,618 unit
  5. Chery: 7,744 unit
  6. Mitsubishi: 3,061 unit
  7. Mazda: 2,339 unit
  8. BYD: 2,261 unit
  9. Mercedes-Benz: 2,063 unit
  10. Jetour: 1,680 unit

Sumber Data: data.gov.my, PaulTan

angka jualan Toyota Toyota Hilux Toyota Hilux BEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
    Auto Terkini

    Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Rembawang cipta rekod Malaysia Ferrari Dino 308 GT4 atas tingkat 29
    Auto Terkini

    Ferrari Klasik di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    08/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.