Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Didi Automotive Kini Pengedar Rasmi Royal Enfield di Malaysia
Auto Terkini

Didi Automotive Kini Pengedar Rasmi Royal Enfield di Malaysia

WahidBy Wahid24/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIDI Automotive Sdn Bhd (Didi Automotive) mengambil alih peranan pengedar sah bagi jenama Royal Enfield di Malaysia, menggantikan SNH Bhumi Corp Sdn Bhd yang berkuat kuasa serta-merta.

Selain jenama itu, Didi Automotive melalui syarikat kembar, Didi Resources Sdn Bhd (Didi Resources) juga menjadi pengedar sah untuk jenama motosikal terkenal seperti Harley-Davidson, Piaggio, Vespa, Moto Guzzi dan Aprilia.

BACA >>> Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia
BACA >>> Selepas Harley-Davidson, Didi Resources Ambil Alih Jenama Aprilia di Malaysia

Kedua-dua syarikat, Didi Automotive dan Didi Resources ialah subsidiari kepada Didi Group yang dipengerusikan Rewi Hamid Burgo. Menurutnya, kumpulan itu kini merancang membuka beberapa bilik pameran Royal Enfield seluruh negara tidak lama lagi.

Royal Enfield ialah pengeluar motosikal tertua dunia yang menghasilkan model dua roda pertama seawal 1901. Bermula di Britain, motosikal jenama itu diimport Kerajaan India untuk kegunaan pasukan tentera di sempadan negara itu.

Pengeluar itu kemudian menandatangi perjanjian dengan Madras Motors di India untuk membuka kilang di sana pada 1955. Operasi awal adalah menjalankan kerja pemasangan motosikal yang diimport dari Britain sebelum semua komponen motosikal untuk pasaran India dibuat di negara Asia Selatan itu bermula 1962.

Pada 1994, Royal Enfield bergabung dengan firma Eicher Group di India dengan Madras Motors sebagai subsidiari. Kini, Eicher Group ialah pemegang lesen untuk pembuatan motosikal Royal Enfield.

Auto Terkini Didi Automotive Sdn Bhd Didi Group Didi Resources Sdn Bhd Royal Enfield
Wahid

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.