Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

Abang HirataBy Abang Hirata10/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ISU yang riuh-rendah mengenai BYD sebelum ini telah memberikan isyarat yang jelas iaitu Kerajaan mahukan ruang RM100,000 ke bawah untuk kenderaan elektrik (EV) diberikan kepada jenama nasional iaitu PROTON dan Perodua.

Ruang ini bukan sekadar melindungi jenama tempatan tetapi merangkumi ekosistem di sebaliknya. Ini bermakna, BYD perlu bermain pada liga sederhana tinggi dan premium.

Sebelum isu ini meletus, keadaan yang sama turut berlaku pada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Tiada jenama asing yang berada dalam liga Perodua Axia atau Proton Saga.

Jenama asing tetap tidak menyerah dan boleh dilihat melalui jualan Honda City, Toyota Vios atau Almera (generasi pertama).

Dengan itu, BYD perlu menggiatkan lagi penawaran untuk kenderaan berharga RM100 ribu ke atas termasuk memberi tumpuan mendalam terhadap jenama mewahnya sendiri iaitu Denza.

Setakat ini hanya sebuah model dibawa masuk iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Denza D9.

Berada di bawah Kumpulan BYD, Denza tidak ketandusan model dan terbaru memperkenalkan Z9GT untuk pasaran Eropah.

Model ini menampilkan gaya badan shooting-brake yang menggabungkan keanggunan dan praktikaliti di bawah seliaan Pengarah Reka Bentuk Wolfgang Egger.

Z9GT ditawarkan dalam dua pilihan rangkaian kuasa iaitu elektrik (EV) serta Super Hybrid DM atau Dual Mode yang membolehkan pelanggan memilih antara pemanduan sifar emisi atau fleksibiliti jarak jauh.

Kedua-dua varian didatangkan dengan teknologi FLASH Charging baharu dan Bateri Blade Generasi Ke-2 hasil penyelidikan selama enam tahun.

Pengecasan 5 Minit dan Jarak Elektrik 203 km (Super Hybrid DM)

Z9GT dibina di atas Platform e3 yang membawakan pelbagai fungsi pertama di dunia bagi memastikan kawalan pergerakan yang lebih pantas dan tepat.

  • Keupayaan FLASH Charging: Sistem ini menyokong kuasa sehingga 1,500 ps melalui satu penyambung tunggal. Ia mampu mengecas bateri dari 10 peratus ke 70 peratus dalam masa lima minit dan 10 peratus ke 97 peratus dalam tempoh sembilan minit. Dalam suhu ekstrem -30 darjah Celsius, pengecasan semula dari 20 peratus ke 97 peratus hanya mengambil masa 12 minit.
  • Varian EV: Menggunakan tiga motor elektrik yang menghasilkan output keseluruhan 1,156 ps dan tork 1,210 Nm. Pecutan 0 ke 100 km/j sepantas 2.7 saat dengan kelajuan maksimum 269 km/j. Bateri 122.49 kWj menawarkan jarak gerak 599 km berdasarkan kitaran WLTP. Varian pacuan roda belakang (RWD) akan tiba sebelum akhir tahun 2026 dengan jarak gerak sehingga 805 km.
  • Varian Super Hybrid DM: Menggabungkan enjin petrol 2.0 liter empat silinder turbo 173 ps (320 Nm) dengan tiga motor elektrik untuk menghasilkan output sistem 776 ps dan tork 1,035 Nm. Ia mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam 3.6 saat dengan jarak gerak elektrik sejauh 203 km dan jarak gabungan keseluruhan mencecah 805 km.
  • Integrasi Cell-to-Body (CTB): Bateri disatukan ke dalam struktur kenderaan bagi meningkatkan ketegaran kilasan sebanyak 32 peratus. Teknologi ini menjimatkan ruang menegak kerana lantai ruang penumpang bertindak sebagai bahagian atas bateri.

Kawalan Pergerakan dan Crab-Walk

Ciri unik pada Z9GT ialah penggunaan dua motor pembelokan pada roda belakang yang dikawal oleh Vehicle Motion Controller bagi membolehkan setiap roda membelok secara bebas daripada gandar hadapan.

  • Fungsi Stereng: Roda belakang boleh membelok searah dengan roda hadapan sehingga sudut 8.5 darjah untuk fungsi crab-walk atau membelok arah bertentangan bagi mengecilkan radius putaran kepada 5.35 meter sahaja. Sistem ini turut membantu kestabilan semasa penukaran lorong dan membrek.
  • Kestabilan Dinamik: Melalui Toe-in Rotation dan Toe-out Rotation, sistem ini meningkatkan kestabilan semasa membrek dan memudahkan parkir di ruang sempit melalui kawalan perbezaan yang membolehkan kereta berpusing pada gandar hadapan.
  • Keselamatan VMC: Sistem ini mempunyai masa penghantaran isyarat sepantas 10 milisaat. Jika berlaku tayar pecah pada kelajuan sehingga 180 km/j, ia melaraskan tork pada tayar lain secara automatik untuk mengekalkan kestabilan.
  • Parkir Pintar: Kereta boleh mengenal pasti ruang dan masuk secara mengundur sendiri. Proses ini boleh diaktifkan dari tempat duduk pemandu atau menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai alat kawalan jauh.

Reka Bentuk Luaran dan Ruang Dalaman Premium

Wajah hadapan yang distingtif tampil dengan imej sporty dan berkuasa, menampilkan garis yang menyamai pemandangan matahari terbit serta dilengkapi liang penyejuk udara aktif bagi memaksimumkan kecekapan aerodinamik.

Penderia radar dan parkir disepadukan secara tersembunyi pada bampar mengikut falsafah less is more. Skirt sisi pula mempunyai fungsi lampu aluan yang memancarkan cahaya ke permukaan jalan.

Di bahagian belakang, spoiler tergantung memanjangkan garis bumbung manakala sayap boleh laras bertindak sebagai spoiler bawah. Kedua-duanya beroperasi dengan suspensi udara untuk merendahkan kereta semasa bergerak bagi meningkatkan kecekapan aerodinamik dan dinamik pemanduan.

Selain itu, rekaan lampu belakang Z9GT mengingatkan kepada rekabentuk model Eropah terdahulu dan tidak menghairankan jika mengambil kira latar belakang dan sejarah kerjaya Wolfgang Egger.

Struktur Cell-to-Body pada Z9GT menyumbang kepada lantai yang rata dan ruang kabin setaraf limosin dengan kualiti material premium.

Setiap permukaan dalaman dilitupi kemasan mewah, daripada penggunaan kulit gred premium sehingga elemen kayu light-smoked yang disepadukan dengan kemas.

  • Ciri Kerusi: Kerusi sport dilengkapi fungsi urutan 10-poin, pengudaraan dan pemanas. Kerusi pemandu mempunyai penyokong sisi aktif pertama di dunia yang menggunakan tangki udara daripada suspensi kenderaan. Kerusi belakang pula mempunyai rehat kaki tambahan.
  • Paparan dan Digital: Skrin pusat 17.3 inci, sepasang skrin 13.2 inci untuk pemandu dan penumpang hadapan serta paparan HUD-AR 50 inci. Terdapat juga pilihan skrin pada pintu untuk imej daripada cermin sisi digital bagi menghapuskan titik buta.
  • Kemudahan Kabin: Dilengkapi peti sejuk yang boleh mencapai suhu -6 darjah Celsius, bumbung kaca panoramik dengan penghadang cahaya, serta pad pengecasan tanpa wayar 50W di depan dan belakang.
  • Sistem Bunyi: Menggunakan sistem audio DEVIALET 20-pembesar suara berkuasa 1,150 ps dengan teknologi Dolby Atmos.

Z9GT di Eropah

Z9GT akan mula dijual di cawangan DENZA di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, dan UK.

Satu yang menarik, pelanggan akan menikmati pengalaman pemilikan premium di mana urusan servis dan penyelenggaraan minor boleh dilakukan di rumah atau premis perniagaan melalui aplikasi khas, termasuk perkhidmatan valet percuma.

Spesifikasi DENZA Z9GT DM dan EV

  • Enjin petrol DM: 2.0 liter 4 silinder turbo 173 ps dan 320 Nm
  • Kuasa: 1,156 ps (EV) / 776 ps (DM)
  • Tork: 1,210 Nm (EV) / 1,035 Nm (DM)
  • Motor elektrik hadapan: 313 ps (EV) / 272 ps (DM)
  • Tork motor elektrik hadapan: 410 Nm (EV) / 315 Nm (DM)
  • Motor elektrik belakang: 422 ps x dua unit (EV) / 252 ps x dua unit (DM)
  • Tork motor elektrik belakang: 400 Nm x dua unit (EV) / 360 Nm x dua unit (DM)
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: 2.7 saat (EV) / 3.6 saat (DM)
  • Kelajuan maksimum: 269 km/j (EV) / 259 km/j (DM)
  • Kapasiti bateri: 122.49 kWj (EV) / 63.82 kWj (DM)
  • Jarak gerak WLTP: 599 km (EV) / 203 km (Elektrik DM) / 805 km (Gabungan DM)
  • Dimensi EV: Panjang 5,180 mm lebar 1,990 mm tinggi 1,490 mm
  • Dimensi DM: Panjang 5,195 mm lebar 1,990 mm tinggi 1,490 mm
  • Jarak roda: 3,125 mm
  • Kapasiti but depan EV: 53 liter
  • Kapasiti but belakang: 495 liter hingga 1,680 liter (EV) / 478 liter hingga 1,663 liter (DM)
  • Kapasiti menunda: 2,000 kg
  • Radius putaran minimum: 5.35 meter
  • Suspensi: Double wishbone hadapan, five-link belakang dengan suspensi udara dua ruang DiSus-A
  • Brek: Cakera karbon seramik dua sisi
DENZA DENZA Z9GT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.