Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»DBKL Akan Hadkan Lebuh Raya di Kuala Lumpur
Auto Terkini

DBKL Akan Hadkan Lebuh Raya di Kuala Lumpur

Han OthmanBy Han Othman27/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan kebenaran cadangan pembinaan lebuh raya baharu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, cadangan itu adalah antara sasaran yang terkandung dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur (PITKL) 2040 untuk melaksanakan pengurusan lalu lintas di ibu kota pada waktu puncak.

Menurutnya, pembinaan lebuh raya baharu melalui jalan dalam bandar adalah ‘pass through traffic’ yang menyebabkan kesesakan berikutan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar.

Tapi ada (jaringan) lebuh raya di Kuala Lumpur masih lagi terputus. Jadi pembinaan menghubungkan lebuh raya ke lebuh raya sedia ada boleh dipertimbang.

“Antara cadangan lebuh raya dikenal pasti ialah Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE), Lebuhraya Duta Ulu Klang 2A (DUKE 2A) dan Lebuhraya Pantai Baru Fasa 2 (NPE 2), ” katanya pada pelancaran PITKL 2040 di Kuala Lumpur hari ini.

Mahadi berkata, PITKL 2040 menumpukan kepada pembangunan model trafik pada 2020 sebagai tahun semasa dan akan datang hingga 2040 bagi mengunjurkan sasaran tahap perkhidmatan jalan (LOS) sedia ada kepada tahap C.

Beliau berkata, pelan tersebut antara lain mengenal pasti 50 jalan tidak bersambung dan sembilan jalan perlu dinaik taraf bagi meningkatkan kesinambungan jalan di ibu negara selain dapat menyurai aliran trafik lebih baik.

Katanya PITKL 2040 juga mensasarkan pencapaian nisbah peratusan pengguna pengangkutan awam daripada 25:75 (25 peratus pengangkutan awam dan 75 peratus kenderaan persendirian) kepada 50:50 pada 2025, 60:40 (2035) dan 70:30 (2040).

Bagi melaksanakan peralihan tersebut, fokus perancangan perlu ditekankan kepada meluaskan rangkaian pengangkutan rel, peningkatan perkhidmatan bas, dan peningkatan perkhidmatan kesinambungan, iaitu perkhidmatan bas bantuan awal (first mile) dan bantuan akhir (last mile) yang terdiri daripada pejalan kaki, basikal dan mikromobiliti.

“PITIKL 2040 juga mencadangkan kemudahan ‘park and ride’ di lokasi berdekatan dengan stesen pengangkutan awam,” katanya.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Seri Mahadi Che Ngah DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Lebuh Raya Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur (PITKL) 2040 PITKL 2040
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

13/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

13/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Roda2

Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie13/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.