Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dapatkan Rebat MARiiCas untuk Beli Motosikal Elektrik CBU Hingga Hujung Bulan Ini
Auto Terkini

Dapatkan Rebat MARiiCas untuk Beli Motosikal Elektrik CBU Hingga Hujung Bulan Ini

SyafieBy Syafie26/12/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN mengumumkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) bakal diteruskan tahun depan menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah peruntukan skim tersebut sebanyak RM10 juta sebagai inisiatif untuk menarik minat rakyat Malaysia menggunakan motosikal elektrik dengan rebat RM2,400 setiap pembelian.

Bagaimanapun, rebat tersebut hanya tertakluk kepada motosikal elektrik versi pemasangan tempatan (CKD) dan tidak lagi boleh digunakan untuk motosikal elektrik versi diimport sepenuhnya (CBU) pada tahun depan.

Setakat ini MARiiCas masih lagi menawarkan pelbagai pilihan motosikal elektrik hingga hujung bulan ini sahaja. Berikut pilihan motosikal elektrik ditawarkan:

  • YADEA E8S Pro
  • SUPERLUX EB1
  • SUPERLUX HC200
  • ⁠SUPERLUX CPX
  • BLURESHARK R1
  • BLUESHARK R1 – Lite
  • LYTRON LE-01
  • LYTRON LE-01 Lite
  • EBIXON BOLD
  • EBIXON KRUZ
  • EBIXON BOLD
  • VMOTO CPX PRO
  • VMOTO TC MAX
  • RYDE EV RYDER
  • RYDE EV HYPER
  • ⁠ECLIMO ES11
  • ⁠TREEMOVEMENT T-70
  • TREEMOVEMENT T-90
  • LEGATUS METROPOLITAN

Sebagai makluman, ada beberapa motosikal elektrik versi pemasangan CKD yang layak menerima skim berkenaan hingga 2025, iaitu Yadea, Superlux, Ebixon dan Eclimo. Motosikal EV lain pula masih dalam proses perbincangan beberapa pihak yang bakal mempunyai pemasangan CKD secara rasmi tahun depan. Malah, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) juga mengesahkan terdapat dua hingga lima motosikal elektrik baharu bakal ada dalam senarai MARiiCas. Untuk maklumat lanjut dan pengumuman rasmi sila layari insentif.marii.my.

Syarat Kelayakan

  • Warga tempatan berpendapatan RM120,000 ke bawah.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Ada lesen memandu motosikal sah (kelas B, B1, atau B2)
  • Terbuka kepada semua golongan seperti
    • Profesional
    • Bekerja sendiri
    • Pesara
    • Pekerja GIG
    • Pelajar

Dokumen Sokongan Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji/Surat Tunai Rahmah (STR)/surat pengesahan pelajar
  • Lesen memandu motosikal sah (Kelas B, B1, atau B2)

Cara Permohonan

  • Layari insentif.marii.my
  • Daftar akaun dengan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan.
  • Semak dan klik pautan verifikasi pada e-mel untuk ke pautan permohonan.
  • Melengkapkan maklumat peribadi dengan tepat.
  • Menerima notifikasi ‘Terima Kasih Kerana Memohon‘ dan tempoh permohonan diperoses adalah 14 hari bekerja.
  • Menerima kod QR menerusi e-mel selepas permohonan berjaya.
  • Bawa kod QR ke kedai motosikal berdaftar bawah MARiiCas untuk urusan pembelian.

Jika permohonan tidak berjaya, makluman kenyataan sebab akan diberikan menerusi e-mel dan permohonan boleh dibuat semula.

Ebixon Bold
Blueshark R1 2023
Auto Terkini Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) motor elektrik Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.