Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Rali Dakar»#RaliDakar2026: Juara Milik Benavides, Red Bull KTM Factory Racing
Rali Dakar

#RaliDakar2026: Juara Milik Benavides, Red Bull KTM Factory Racing

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Red Bull KTM Factory Racing | Luciano Benavides

PELUMBA Red Bull KTM Factory Racing, Luciano Benavides (#77), muncul juara Rali Dakar 2026 dalam salah satu penamat paling dramatik dalam sejarah perlumbaan rali lasak itu.

Pelumba Argentina itu menewaskan pesaing terdekat dengan perbezaan hanya 2 saat selepas pertarungan sengit merentasi padang pasir Arab Saudi, sekali gus menghadiahkan Red Bull KTM Factory Racing kejuaraan Rali Dakar ke-21.

Red Bull KTM Factory Racing

Menunggang jentera KTM 450 Rally, Benavides mempamerkan ketahanan mental dan fizikal luar biasa, enggan mengalah walaupun berdepan tekanan hebat dan cabaran teknikal sepanjang perlumbaan.

Serangan berterusan sehingga kilometer terakhir terbukti membuahkan hasil, menjadikan kemenangan itu sebagai pencapaian terbesar dalam kariernya setakat ini.

Prestasi Konsisten Hingga Penamat

Red Bull KTM Factory Racing | Luciano Benavides
Red Bull KTM Factory Racing | Luciano Benavides

Sepanjang Rali Dakar 2026, Benavides menampilkan gabungan kelajuan, konsistensi dan pengurusan perlumbaan yang matang. Beliau mencatat tiga kemenangan peringkat, termasuk kemenangan penting pada peringkat maraton pertama, dan kekal bersaing di barisan depan ketika laluan menjadi semakin mencabar.

Kemenangan tersebut juga melakar sejarah sebagai penamat paling rapat dalam sejarah Dakar, selain meneruskan legasi keluarga Benavides selepas kejayaan abangnya, Kevin Benavides, yang pernah menjuarai Dakar pada 2021 dan 2023.

Sumbangan Besar Pelumba KTM Lain

Red Bull KTM Factory Racing

Kem Red Bull KTM Factory Racing turut disokong prestasi cemerlang Daniel Sanders (#1) dan Edgar Canet (#73).

Sanders, yang bergelut dengan kecederaan pada minggu kedua perlumbaan, tetap meneruskan saingan dan menamatkan Dakar di kedudukan kelima keseluruhan, membuktikan semangat juang tinggi yang sinonim dengan perlumbaan Dakar.

Red Bull KTM Factory Racing | Daniel Sanders
Red Bull KTM Factory Racing | Edgar Canet

Bagi Canet pula, Dakar 2026 menjadi penanda aras penting dalam karier. Membuat penampilan sulung dalam kategori RallyGP, pelumba Sepanyol itu mencuri tumpuan apabila memenangi prolog dan peringkat pertama, sekali gus menjadi pemenang peringkat termuda dalam kategori motosikal.

Walaupun isu teknikal menjejaskan peluang keseluruhan, Canet menutup kempen dengan kemenangan pada peringkat terakhir.

Kejayaan KTM Merentasi Pelbagai Kategori

Red Bull KTM Factory Racing

Selain kejuaraan keseluruhan, KTM turut cemerlang dalam kategori lain. Toni Mulec (#16) menjuarai kelas Rally2 bersama BAS World KTM, manakala Benjamin Melot (#39) mencatat kemenangan dalam kelas Malle Moto, sekali gus mengukuhkan reputasi KTM 450 Rally sebagai jentera rali pelanggan paling kompetitif di peringkat tertinggi.

Dengan berakhirnya Rali Dakar 2026, Red Bull KTM Factory Racing kini mengalihkan fokus ke musim rali seterusnya, berbekalkan keyakinan hasil kejayaan keseluruhan, kemenangan peringkat dan pembangunan berterusan jentera KTM 450 Rally.

Keputusan Sementara Dakar Rally 2026 (Keseluruhan)

Red Bull KTM Factory Racing | Luciano Benavides

  1. Luciano Benavides (ARG) – KTM – 49:00:41
  2. Ricky Brabec (USA) – Honda – +0:02
  3. Tosha Schareina (ESP) – Honda – +25:12
  4. Skyler Howes (USA) – Honda – +56:41
  5. Daniel Sanders (AUS) – KTM – +1:03:15

SUMBER: KTMPress

Red Bull KTM Factory Racing | Luciano Benavides
Red Bull KTM Factory Racing | Luciano Benavides
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing | Edgar Canet
Red Bull KTM Factory Racing | Daniel Sanders
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Red Bull KTM Factory Racing
Arab Saudi Auto Terkini Dakar Rally 2026 Juara Dakar Rally KTM 450 Rally Luciano Benavides motorsport Rali Dakar 2026 rally motorsport Rally2 RallyGP Red Bull KTM Factory Racing
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.