Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu D-Max Tamatkan Dura-Miles Challenge 2017 Jelajah Miri Sejauh 280km
Auto Terkini

Isuzu D-Max Tamatkan Dura-Miles Challenge 2017 Jelajah Miri Sejauh 280km

Abang GYLBy Abang GYL19/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN kejayaan dua siri pertandingan dalam Dura-Miles Challenge di Kuching dan Ipoh, Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) sekali lagi menganjurkan kempen kecekapan bahan api itu yang kali ini bertempat di Miri. Objektif pertandingan adalah menguji salah satu kekuatan utama D-Max, yakni aspek kecekapan bahan api dan pada masa sama berhasrat menjalinkan hubungan mesra dengan pelanggan.

Isuzu memang terkenal sebagai pengeluar automotif yang pakar dalam menghasilkan kenderaan jimat bahan api. Produk-produk Isuzu menjadi pilihan pelanggan yang mementingkan faktor alam sekitar, dan kos operasi syarikat, termasuk pelanggan itu sendiri kerana kos harga bahan api masa kini secara konsisten sedang mengalami kenaikan sejak pertengahan 2016.

BACA >>> Isuzu D-Max Utah dengan Pek Aksesori Hunstman, Khas untuk Pemburu (UK Sahaja)

Tidak seperti pertandingan lain yang menumpukan kepada kelajuan sebagai kriteria kemenangan, pertandingan anjuran IMSB pula menuntut pemandu melengkapkan keseluruhan trip jelajah  dengan catatan penggunaan bahan api paling rendah sebelum layak diisytiharkan pemenang.

Dura-Miles Challenge di Miri  yang berlangsung pada 9 Disember lalu, bermula dari Pusat 3S Isuzu Miri hingga Samalaju Resort Hotel, sebelum kembali semula ke Coco Cabana, membabitkan jarak perjalanan sejauh 280km. Cabaran tersebut menyaksikan penyertaan teramai dengan jumlah keseluruhan 35 orang, dan peserta perlu memandu merentasi jalan pesisir pantai dan melengkapkan saingan dalam masa 4 jam.

Di Kuching pula, trip jelajah bermula di Taman Rekreasi Batu Kawah (MJC) hingga Sematan Pal Beach Resort, dan kembali semula ke MJC dengan jarak kira-kira 208km, juga perlu ditamatkan masa 4 jam, manakala bilangan peserta terlibat adalah seramai 29 orang.

Sementara itu, di Ipoh, pengembaraan jelajah bermula dari Aeon Kinta City ke Hotel Swiss Garden Damai Laut, Lumut, sebelum balik semula ke MH Hotel pada jarak lebih kurang 250km dengan mengambil masa 4 jam dan 30 minit. Ada 27 peserta mengambil bahagian dalam cabaran ini.

CEKAP BAHAN API

Isuzu D-Max BEAST edisi terhad
Isuzu D-Max BEAST edisi terhad
Isuzu D-Max BEAST edisi terhad
Isuzu D-Max BEAST edisi terhad

Bercakap mengenai kempen ini, Ketua Pegawai Operasi (COO) IMSB, Masayuki Suzuki berkata, nilai teras jenama Isuzu adalah kecekapan bahan api berserta ketahanan dan reliabiliti.

“Dari tahun ke tahun, inovasi dan evolusi D-Max menjadikan ia trak pikap pilihan pengguna kerana prestasi, keselesaan, kebolehpercayaan dan semestinya kecekapan bahan api. Bagi mendesak batas produk, kami melakukan cubaan ketiga untuk menguji kecekapan bahan api D-Max dalam Dura-Miles Challenge pada 2015.

BACA >>> Isuzu D-Max BEAST Edisi Terhad – Hanya Ada 360 Unit di Malaysia

“Kami memandu dari Bangkok dan menjelajah tiga negara dalam 4 hari dengan hanya sekali isian penuh diesel. Jarak ditempuhi merangkumi 1,809km dengan purata bahan api 24km per liter. Sehingga kini, D-Max tidak pernah gagal  mengujakan kita dari segi penggunaan bahan api ekonomikal,” kata Masayuki.

Penganjuran pertandingan kali ini dibuat supaya pelanggan dapat merasai sendiri aspek kecekapan bahan api D-Max selain dapat bergembira pada masa sama. Malah, pelanggan juga dapat mengetahui berapa jauh sebuah D-Max dapat pergi dengan hanya sedikit bahan api diesel dan semestinya mereka sudah melakukan pilihan terbaik kerana memiliki D-Max.

PEMENANG DAN KEPUTUSAN PENGGUNAAN BAHAN API

* Varian D-Max – Nama Pemenang; Penggunaan Bahan Api; Jarak Kilometer Per Liter 

KUCHING (208km)
  • 2.5L  – Jerry Anak Wan Jok; 10.62 liter; 19.59km/L
  • 3.0L – Ng Quek Peng; 12.33 liter; 16.87km/L

Kondisi Pemanduan: Hujan dan kebanyakan jalan lurus.

IPOH (250KM)
  • 2.5L – Chuah Chen Yang; 12.93 liter; 19.33km/L

Kondisi Pemanduan: Berbukit dengan banyak selekoh panjang.

MIRI (280km)
  • 2.5L – Maria AK Dian; 14.20 liter; 19.72km/L
  • 3.0L – Hiew Kim Leong; 13.02 liter; 21.50km/L

Kondisi Pemanduan: Jalan pesisir pantai, dengan sedikit kerja naik taraf jalan dan kehadiran kenderaan berat.

Auto Terkini Dura-Miles Challenge Isuzu Isuzu D-Max Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB)
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.