Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#CubPrix2018: Afif Pintas Akid di Akhir Perlumbaan, Raih Kemenangan Dramatik di MAEPS
Auto Terkini

#CubPrix2018: Afif Pintas Akid di Akhir Perlumbaan, Raih Kemenangan Dramatik di MAEPS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/07/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AHMAD Afif Amran
mempamerkan aksi bertenaga dan dramatik sebelum menjuarai perlumbaan CP150 dalam saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 yang berakhir di Litar MAEPS, Serdang, Selangor.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha – CKJ yang bermula dari petak ketiga mengerah seluruh tenaga jentera di selekoh terakhir dan bersaing sengit hingga ke garisan penamat dan berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’52.716s, hanya berkelebihan 0.028s berbanding Mohd Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor).

Akid yang menguasai hampir keseluruhan perlumbaan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa 15’52.744s, manakala rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin di kedudukan ketiga dengan 15’55.635s.

“Saya memang menanti hingga ke penghujung perlumbaan untuk cuba memintas Akid kerana yakin jentera saya ada kelebihan. Selepas lihat ada ruang memintas, saya tidak teragak-agak melakukannya dan kami bersaing sengit hingga garisan penamat,” jelas Afif yang kini naik ke tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata.

Kasma yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 41 mata, manakala rakan sepasukan Afif, Mohd Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 29 mata.

TENGKU AMIRUL JUARA CP115

Sementara itu, gelaran CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12’22.820s, diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez (kedua) dan Md Haziq Fairues (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor), ketiga.

Dua kemenangan berturut-turut meletakkan Tengku Amirul kekal di tangga teratas dengan 50 mata, manakala Fareez dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berkongsi kedudukan dengan 33 mata.

GALERI

 

Ahmad Afif Amran CP115 CP150\ CUB PRIX Cub Prix 2018 cub prix maeps Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 Mohd Akid Aziz Mohd Hafiz Nor Azman Petronas Tengku Amirul Haffirudin
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

27/02/2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 Dikemas Kini Dengan Sepuluh Naik Taraf

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.