• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 'Class of 2016' : Model Baharu Paling Ditunggu Tahun Ini

'Class of 2016' : Model Baharu Paling Ditunggu Tahun Ini

April 3, 2016 By Azhan O Leave a Comment

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

class-of-2016

2016 pastinya mengujakan peminat-peminat automobil seluruh dunia dengan kehadiran pelbagai model kereta menarik. Nah, kami senaraikan model baharu dalam 'Class of 2016' yang tampil dengan rekabentuk tersendiri dan diramalkan mencipta kejutan sepanjang tahun ini.

1. HONDA NSX

honda-nsx-2016

NSX ialah antara kereta mewah Honda yang terkenal dengan keselesaan, keselamatan dan prestasi. Debut pertama dilancarkan pada 1995 dan masih kekal popular di kalangan peminat automobil sebagai kereta sport legenda walaupun dihentikan pengeluaran pada 2005.

Beberapa tahun  lalu, khabar angin kemunculan semula NSX mula tersebar, tetapi lenyap begitu saja. Sehinggalah tahun lalu apabila Honda mendedahkan butiran terperinci mengenai NSX generasi kedua dan semua peminat bersorak gembira.

Model baharu NSX tampak menakjubkan dengan memuatkan begitu banyak ciri upgred seperti enjin V6 3.6L twin-turbo, transmisi klac duaan 9-kelajuan dan tiga motor elektrik sebagai nadi penggerak roda hadapan dan belakang.

Dengan kuasa lebih 573hp dan kelajuan maksimum 305kmj, NSX muncul bersama ciri pengendalian cemerlang dan suspensi adaptif, termasuk empat mod pemanduan berbeza seperti Quiet, Sport, Sport+ dan Track. Rekabentuk luaran direka semula dengan konfigurasi gril baharu dan lampu utama LED JewelEye. Ruang dalaman pula menampilkan beberapa kemaskini terbaharu dengan hitam sebagai warna utama, bukan merah seperti model terdahulu.

2. FORD MUSTANG SHELBY GT350R

2016-ford-mustang-shelby-gt350r

Ford Mustang Shelby GT350R 2016 menjanjikan sebuah kereta sangat pantas yang dijana daripada enjin V8 5.2L dengan kuasa 526hp dan tork 582Nm.

Dalam sejarah Ford selama 112 tahun, trofi bagi enjin aspirasi natural (NA) yang 'sah undang-undang' sentiasa dipegang jentera buas ini. Suspensi Mustang dikonfigurasikan semula dengan peredam gaya-magnetik yang pertama kali diperkenalkan.

Enjin Ford Mustang GT350R mampu mencapai putaran enjin 8,250rpm, Mungkin inilah kuasa tulen sebenar yang dicintai ramai peminat automobil. Fiil sporty kereta ini pasti memuaskan hati , terutama kalangan pemandu yang dahagakan kelajuan. Roda kereta ini dibuat daripada gentian karbon untuk mendapatkan pengurangan berat tambahan. Sayap janaan daya-turun yang besar membuatkan kereta ini mudah dikendalikan di mana-mana sahaja walaupun dalam kelajuan tinggi.

3. HONDA CIVIC

2016-honda-civic

Sebagai raja segmen C, Honda Civic baharu ini memperkenalkan enjin 4-silinder 2.0L berkuasa 158hp, bersama opsyen naik taraf dengan enjin 1.5L turbo berkuasa 174hp. Lebih kompak, tetapi lebih berkuasa! Civic sedan ini mencatatkan kelajuan 0-100km pada 6.8 saat bersama kelajuan maksimum 203kmj.

Rekaan rim sport dan lampu belakang tersendiri ialah antara contoh rekabentuk baharu ditampilkan Civic yang pasti membuatkan peminat fanatik sedan itu terpesona. Selain laris di pasaran Amerika Syarikat, Civic juga antara model segmen C paling laris di Malaysia yang terkenal dengan faktor kebolehpercayaan, keselamatan dan nilai jual semula yang tinggi di pasaran kereta terpakai. Bakal berada di pasaran tempatan tahun ini dan dijangka menjadi antara model import paling ditunggu-tunggu.

4. PORSCHE CAYMAN GT4

2016-porsche-cayman-gt4

Tahun ini rekabentuk Cayman sudah mencecah usia 18 tahun. Enjin flat-6 3.8L menawarkan kuasa 385hp pada 7,400rpm dan tork 420Nm (4,750rpm). Menampilkan transmisi manual 6-kelajuan yang dipinjamkan daripada Cayman GTS dengan klac dinaiktaraf dan roda tenaga jisim-duaan (dual-mass flywheel) yang ringan. Pecutan 0-100kmh mampu dicapai dalam masa 4 saat dan lebih pantas daripada 911!

Porsche Cayman GT4 menampilkan sayap belakang (GT wing) besar semata-mata bagi memuaskan hati peminat kereta sport dan menawarkan opsyen personaliti ekstensif. Kereta ini juga menawarkan pengendalian cemerlang di selekoh dan anjakan transmisi serba lancar.

5. CHEVROLET CAMARO

2016-chevrolet-camaro

Terkenal dengan pengendalian lincah dan prestasi enjin berkuasa tinggi. Model entri tampil dengan enjin 4-silinder pengecajturbo 2.0L dengan kuasa 275hp dan tork 400Nm. Ruang dalaman direka berasaskan model 1LT termasuk sistem masuk tanpa kunci (keyless entry), kawalan jelajah, kamera pandang belakang dan roda stereng balutan kulit.

Camaro mampu memecut 3.9 saat dari jarak 0-100kmj. Pemanduan lancar dan senyap membuatkan jentera ini pilihan ideal buat mereka yang mahukan kereta yang kurang fiil sporty, tetapi berkuasa buas.

6. MERCEDES BENZ GLE

2016-mercedes-benz-gle-coupe

Mercedes Benz M Class memperkenalkan dua varian enjin; iaitu 4-silinder 2.1L berkuasa 201hp; dan V6 3.5L datang berkuasa 302hp dengan sistem pacuan roda-belakang atau semua-roda. Kelajuan maksimum mencatatkan 209kmj hingga 249kmj bagi kedua-dua model. Selain itu, Mercedes juga membariskan model hibrid dengan enjin lebih berkuasa berbanding model terdahulu.

Pemandu boleh memilih pelbagai mod pemanduan; Individual, Comfort, Slippery atau Sport. Versi hibrid ialah model SUV pertama ditawarkan Mercedes. GLE menawarkan ruang karbo seluas 2,274L bersama ciri kabin mengetengahkan kemasan kayu bersinar dan upholsteri kulit. Rekabentuk luaran lebih mengancam dengan rekaan bampar serba baharu.

7. TOYOTA RAV4 HYBRID

2016-toyota-rav4-hybrid

Rekabentuk RAV4 Hybrid di bawah label Toyota diilhamkan daripada NX300h. Menampilkan enjin 40silinder 2.5L, di mana motor elektrik di setiap gandar menyediakan kuasa tambahan. Kelajuan hibrid berkuasa ini mencatatkan 8.3 saat bagi pecutan 0-100kmj, manakala pengendalian responsif menjadi taruhan terhebat jentera ini.

Rekabentuk saling tidak tumpah dengan model berkuasa petrol yang juga dikemaskini untuk tahun ini. Kamera pandang belakang menjadi antara ciri standard semua model, termasuk kehadiran lapan beg udara dan sistem keselamatan baharu terkini.

8. FIAT 500X

2016-fiat-500x

Fiat 500X mengekalkan ciri pengendalian semua-cuaca (all-weather) bersama adunan cita rasa Itali tersendiri. Semua model 500X dilengkapi enjin 4-silinder 2.4L yang disatukan transmisi automatik 9-kelajuan dengan kemampuan hamburan kuasa 180hp dan tork 237Nm.

Fiat 500X terkenal dengan fill sporty dan tendangan turbo mengujakan. Menawarkan pengendalian mantap pada harga munasabah. Kelajuan pecutan 0-100kmj berada pada catatan 9.0 saat.

Sumber: Proctocars.com

Related

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Chevrolet Camaro 2016, Class of 2016, Fiat 500X, Ford Mustang Shelby GT350R, Honda Civic 2016, Honda NSX 2016, Mercedes-Benz GLE 2016, Porsche Cayman GT4, Roda4, Toyota RAV4 Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev