Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Citroën C3 R5 – Lagi Jentera Rali Bajet Mahu Turun Trek
Roda4

Citroën C3 R5 – Lagi Jentera Rali Bajet Mahu Turun Trek

Abang HirataBy Abang Hirata13/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini, riuh tentang Proton Iriz R5 yang dibangunkan pasukan penala Proton Satria Neo S2000 secara persendirian, iaitu Mellors Elliot Motorsport (MEM). MEM sebenarnya memang sejak dulu lagi terbabit dalam program rali antarabangsa Proton.

Mitsubishi juga memiliki Mirage R5 yang bukan dibangunkan dari kilang sendiri atau kepakaran dalaman, tetapi  firma penala luar.

Tetapi apakah maksud R5 sebenarnya?

R5 bermula pada 2013 apabila Persekutuan Antarabangsa Automobil (FIA) mengeluarkan peraturan R5 dalam usaha membantu melahirkan kereta rali generasi baharu.

Asasnya, kereta rali R5 dibangunkan untuk pasukan dan pemandu persendirian dalam bentuk mesra bajet ini. Jentera R5 terkenal dengan julukan ‘Mini WRC’ berikutan tetapan spesifikasi, iaitu sistem pacuan semua roda (AWD), enjin 1.6L pengecas turbo, suntikan terus bahan api dan kuasa sekitar 280hp dengan kotak gear semi automatik sekuensial.

Sejak itu, jentera R5 mula digunakan dalam pelbagai perlumbaan rali seperti WRC 2, Kejohanan Rali Eropah (ERC) dan rali kebangsaan di banyak negara. Paling hampir di rantau ini ialah Mitsubishi Mirage R5 dan Skoda Fabia R5 yang digunakan dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

PENDATANG BAHARU R5

Bermula tahun hadapan, kategori R5 bakal menambah satu lagi muka baharu, yang kali ini bukan dibina penala persendirian, tetapi pengeluar itu sendiri, iaitu Citroën.

Selepas menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk memandu uji serta merekabentuk selama setahun, Citroën Racing bakal melakukan ujian pembangunan pertama Citroën C3 R5. Model rali yang disasarkan kepada pasukan atau pelumba persendirian itu dikatakan bakal menjadi penanda aras baharu dalam kategori berkenaan.

BACA >>> Proton Iriz R5 Cipta Sejarah & Dinobatkan Juara Rali Di Goodwood Festival of Speed 2017

Ujian dijalankan Yoann Bonato dan Benjamin Boulloud, juga pelumba yang baru saja menjuarai Kejohanan Rali Perancis 2017 menerusi jentera DS 3 R5.

Sejak awal September lalu, Citroën C3 R5 sudah terbabit dalam beberapa sesi ujian atas permukaan berturap dan kerikil. Beberapa pemandu lain turut terlibat dalam sesi ujian model prototaip tersebut, seperti Stéphane Lefebvre, Craig Breen dan Bonato sendiri dengan jarak perjalanan melebihi 4,000km.

‘ZERO CAR’ DI PERANCIS

Pada 23-26 November ini, Citroën C3 R5 akan digunakan sebagai salah satu zero car di Rallye du Var pada pusingan akhir Kejuaraan Perancis. Prototaip itu belum lagi boleh digunakan untuk berlumba kerana masih belum mendapat kelulusan homologasi FIA.

Citroën C3 R5 itu akan dipandu Bonato, selaku juara Kejohanan Perancis 2017 dalam empat siri rali (Limousin, Rouergue, Mont-Blanc dan Cœur de France) dengan DS 3 R5.

Rallye du Var bermula pada Jumaat, 24 November ini membabitkan 14 peringkat perlumbaan  berjarak 183km. Walaupun bukan perlumbaan rasmi C3 R5, tetapi sangat berguna dalam memberikan input penting kepada jurutera sebelum ditawarkan secara rasmi kepada pelumba dan pasukan berminat pada separuh pertama tahun hadapan.

GALERI

 

Citroen Citroën C3 R5 FIA Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) Kejuaraan Rali Dunia (WRC) kereta rali Persekutuan Antarabangsa Automobil (FIA) R5 rali Roda4 WRC
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.