Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#CIMA2024: Zonsen Tayang Model Konsep Cyclone Bobber RA 600 di China
Roda2

#CIMA2024: Zonsen Tayang Model Konsep Cyclone Bobber RA 600 di China

ShawkathBy Shawkath24/09/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN memperkenalkan sportbike Cyclone RC 600 Centennial Legends Commemorative Edition, Zonsen (Zongshen) turut mempamerkan sebuah motosikal konsep bobber menarik.

Model konsep bobber Cyclone RA 600 tampil dalam skema warna kuning terang dengan beberapa perubahan berbanding RA 600 standard. Sekilas pandang, bahagian belakang motosikal mengingatkan kita kepada model Triumph Bonneville Bobber.

Model konsep itu dijana enjin ND560, sama seperti sportbike RC 600 dan debut di Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024. Setakat ini belum ada maklumat rasmi mengenai motosikal konsep tersebut.

PERINCIAN

  • Dipercayai dijana enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 550.4cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI), menawarkan output kuasa hampir 59hp @ 8,500 rpm dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac sliper.
  • Kelajuan maksimum 165kmj.
  • Sistem pacuan jenis rantai menggantikan tali sawat pada RA 600 standard.
  • Fender depan dan belakang lebih pendek.
  • Pelana kekal jenis tunggal.
  • Sistem ekzos 2-2 melingkar di depan enjin.
  • Bukan lagi fork Hossack atau Girder, tetapi fork teleskopik biasa di depan, dan monoshock di belakang.
  • Brek cakera kembar dengan kaliper Brembo (depan), dan cakera tunggal dengan kaliper Brembo (belakang).
  • Model standard cuma diberikan brek cakera tunggal depan dan belakang.
  • Tidak kelihatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran seperti model standard RA 600.

  • Menggunakan lencana Cyclone lama (teks) menggantikan lencana Cyclone (naga).
  • Rim multijejari 16 inci dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SC saiz 130/90 (depan), dan 150/80 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,190mm, lebar 815mm, dan tinggi 1,115mm, manakala jarak roda 1,510mm dan jarak tinggi bumi 150mm.
  • Berat kasar 198kg.
  • Tinggi pelana 725mm.
  • Kapasiti tangki minyak 14.5 liter.
bobber Cyclone RA600 Cyclone RC600 Centennial Legends Commemorative Edition MForce Bike Holdings (MForce Bike) motosikal bobber Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 roda2 Zonsen (Zongshen)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

07/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
LS2 lancar sarung tangan LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO
Aksesori

Sarung Tangan LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO Lancar, Harga Mula RM89!

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.