Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chin Li Qin Juara Keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023, Menang RM20k!
Auto Terkini

Chin Li Qin Juara Keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023, Menang RM20k!

ShawkathBy Shawkath19/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHIN Li Qin dinobatkan sebagai juara keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023 anjuran Shell Malaysia dengan membawa pulang tunai berjumlah RM20,000!

Pemuda berumur 26 tahun dari Johor itu turut dinobatkan sebagai pemandu paling efisien di Malaysia selepas mencatat rekod perjalanan 28.23km dengan hanya seliter bahan api Shell FuelSave 95.

Sebelum ini, Li Qin mencatat rekod sejauh 25.45km seliter Shell FuelSave 95 dalam cabaran peringkat Negeri Johor dengan menewaskan empat pencabar lain.

Li Qin berkata;

Saya sangat teruja diumumkan johan Grand Finale Shell FuelSave 95 Challenge 2023. Ia pencapaian amat mengagumkan apabila peserta lain juga berjaya mencapai perbatuan melebihi penanda aras purata.

“Beberapa kondisi jalan raya agak mencabar tetapi saya pastikan fokus saya tidak terganggu dan mengekalkan gaya pemanduan saya seperti di kampung halaman.”

CABARAN PERJALANAN SEJAUH 121KM

  • Cabaran Akhir (Grand Finale) bermula di Stesen Minyak Shell SM Alisha di Shah Alam melalui pelbagai keadaan jalan raya merentasi Cyberjaya, Bukit Jalil, Cheras, Ampang, Gombak, Sri Hartamas, Kota Damansara, Puncak Alam sebelum kembali ke lokasi permulaan.

SENARAI PESERTA LAIN CABARAN AKHIR SHELL FUELSAVE 95 (2023)

  • Jeffrey Tan Teck Heng, 62 –  Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Ahmad Amirul Runass, 31 –  Kuantan, Pahang
  • Muhammad Jazli Mahathir, 30 – Ipoh, Perak
  • Lai Siaw Feng, 38 – Kuching, Sarawak

Empat peserta lain yang mewakili wilayah masing-masing berjaya melepasi penanda aras purata perbatuan
sebanyak 18.5km seliter menggunakan Shell FuelSave 95.

Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Kini, kami bukan saja dapat mengukur penjimatan bahan api yang diperoleh pelanggan bagi setiap tangki penuh Shell FuelSave 95 tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan kami mencapai perbatuan yang menakjubkan seterusnya membuktikan Shell FuelSave 95 baharu kami nyata lebih jauh.

“Melalui keputusan Shell FuelSave 95 Challenge 2023, bahan api kami terbukti memberikan perbatuan lebih jauh. Saya menyeru lebih ramai rakyat Malaysia mencuba dan alami penjimatan bahan api kami yang lebih baik serta kongsikan pengalaman anda sama ada ‘Biar Benar, Lebih KM!'”

KELEBIHAN SHELL FUELSAVE 95 BAHARU

  • Satu bahan api gred baharu utama dengan formulasi terbaharu yang menawarkan jarak pemanduan lebih lebih jauh
  • Dihasilkan menerusi ujian dan penyelidikan lebih lima tahun, membabitkan seramai 150 saintis bahan api di seluruh dunia.
  • Menawarkan jarak pemanduan ekstra sehingga 15km dengan setiap isian petrol tangki penuh

Shell FuelSave 95 baharu juga menawarkan ciri seperti berikut:

  • Pembersihan mendalam enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu ada teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
  • Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
  • Dicipta untuk teknologi baharu dan lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.

Maklumat lanjut berhubung bahan api terbaharu itu boleh didapati menerusi laman web Shell Malaysia

Cabaran Shell FuelSave 95 2023 Chin Li Qin Seow Lee Ming Shell FuelSave 95 Challenge 2023 Shell Malaysia Stesen Minyak Shell SM Alisha
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.