Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Tiggo Cross Turbo, Hybrid CSH Sudah Ada Versi CKD! Pasang di Kilang Inokom, Kulim
Auto Terkini

Chery Tiggo Cross Turbo, Hybrid CSH Sudah Ada Versi CKD! Pasang di Kilang Inokom, Kulim

SyafieBy Syafie31/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHERY Malaysia terus mengorak langkah agresif dalam pasaran tempatan dengan memulakan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak terbaharu, Chery Tiggo Cross yang ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, Turbo dan Hybrid CSH.

SUV segmen-B itu mula dipasang secara rasmi di fasiliti Inokom milik Sime Motors di Kulim, Kedah, hanya beberapa minggu selepas pelancaran rasmi pada 9 Julai lalu.

SUV Chery Paling Mampu Milik untuk Rakyat Malaysia

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Tiggo Cross ialah SUV terkecil dan paling mampu milik kami setakat ini, direka untuk generasi baharu yang mementingkan kecekapan, gaya dan teknologi pintar dalam satu pakej menarik. Kami bangga kerana dapat memasangnya di Malaysia.”

Beliau turut menekankan versi CKD ini sebahagian strategi jangka panjang Chery dalam membina kapasiti tempatan, kerjasama strategik, dan memberikan kenderaan berkualiti global dengan nilai tempatan.

Dua Pilihan Trenkuasa: Turbo dan Hybrid CSH

Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
  • 1.5L Turbo
  • 1.5L Hybrid CSH (Chery Super Hybrid)

Sistem Hybrid CSH menggabungkan teknologi HEV dan PHEV yang membolehkan pemanduan dinamik dalam bandar dan penjimatan tenaga optimum menerusi peralihan pintar antara kuasa petrol dan elektrik.

Menariknya, varian hibrid itu mampu mencatat jarak pemanduan hingga 1,000km dengan setangki petrol.

Dipasang di Kulim, Disokong Tenaga Tempatan

Chery Tiggo Cross dipasang di Kilang Inokom di Kulim, Kedah

Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd, Sui Keng Huat berkata;

Pemasangan model ini menunjukkan keyakinan Chery terhadap keupayaan kami sebagai rakan kongsi. Dengan tenaga kerja tempatan yang mahir dan fasiliti mantap, kami komited terhadap kualiti dan penghantaran terbaik.”

Model CKD juga sebahagian strategi Chery untuk memperkasakan lagi ekonomi tempatan secara menyeluruh dan pertumbuhan mapan dalam industri automotif Malaysia.

Model Global, Kejayaan Antarabangsa

Perbandingan Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH

Chery Tiggo Cross bukan saja penting untuk pasaran Malaysia, tetapi turut berjaya menembusi pasaran global. Pada Mac 2025, Chery menyambut eksport ke sejuta unit Tiggo Cross dari pelabuhan Dalian, China, sekali gus membuktikan kejayaan model tersebut di peringkat dunia.

Auto Terkini Chery Tiggo Cross Chery Tiggo Cross CKD Inokom Corporation Sdn Bhd Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) Roda4 SUV kompak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

    By ZY22/07/201914
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.