• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Tawar Ganjaran kepada Atlet Negara Menang Pingat Olimpik Paris 2024

Chery Malaysia Tawar Ganjaran kepada Atlet Negara Menang Pingat Olimpik Paris 2024

June 19, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia mengumumkan kolaborasi perkongsian dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai tanda sokongan penuh kepada pasukan atlet negara ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, bulan depan.

Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen berkata;

Kami tahu atlet bekerja keras dan menjalani latihan berjam-jam sebagai persediaan untuk kejohanan itu.

”Kami mempunyai harapan tinggi dan percaya Malaysia boleh merangkul pingat emas yang sudah lama kita idamkan sebelum ini."

Bagi memotivasikan dan menghargai usaha atlet, Chery Malaysia berbesar hati menawarkan ganjaran berupa model terbaharu Chery kepada pemenang pingat di Olimpik Paris 2024 seperti berikut:

  • Pemenang Emas: Chery Tiggo 8 Pro (7-kerusi)
  • Pemenang Perak: Chery Omoda E5
  • Pemenang Gangsa: Chery Tiggo 7 Pro

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub berkata;

Kami sangat gembira dengan ikrar Chery Malaysia untuk memberikan ganjaran kepada atlet Malaysia yang akan berusaha sehabis baik dalam Sukan Olimpik di Paris nanti.

"Kami berharap ini akan meningkatkan lagi semangat atlet demi membanggakan nama negara."

Di peringkat global, Chery turut memberikan sokongan kepada semua atlet yang bakal mewakili negara masing-masing dalam kejohanan tersebut.

Di Malaysia, pelbagai aktiviti seperi 'Viewing Party' dianjurkan Chery Malaysia sebagai tanda sokongan padu buat wakil kontinjen negara.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery Auto Malaysia, Chery Malaysia, Chery x KBS, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), olimpik paris 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my