Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Sokong Pemuliharaan Spesies Tuntung Sungai Terancam di Kemaman
Auto Terkini

Chery Malaysia Sokong Pemuliharaan Spesies Tuntung Sungai Terancam di Kemaman

SyafieBy Syafie28/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Malaysia puliharan spesies tuntung sungai di Kemaman

CHERY Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan menyokong usaha pemuliharaan spesies tuntung sungai (river terrapin) yang kini berada di ambang kepupusan.

Sumbangan ini disalurkan kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia (Turtle Conservation Society of Malaysia, TCS) bagi menyokong program pemuliharaan yang melindungi tuntung sungai dan ekosistem semula jadi yang menjadi habitat haiwan itu.

Tuntung Sungai: Spesies Terancam dan Simbol Kesihatan Sungai

Spesies Southern River Terrapin (batagur affinis) adalah antara spesies paling terancam dunia yang hanya ditemui di sistem sungai Malaysia dan Kemboja.

Sungai Kemaman, Terengganu adalah antara habitat terakhir spesies tersebut. Malangnya, pencemaran, degradasi habitat, dan aktiviti pengambilan telur secara haram menyebabkan populasi tuntung sungai berkurangan drastik.

Sejak ditubuhkan pada 2011, TCS menjadi pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menumpukan kepada pemuliharaan tuntung air tawar.

Antara usaha utama adalah penyelidikan saintifik, pembiakan, perlindungan habitat, dan penglibatan komuniti setempat.

 Chery Malaysia Taja Makanan,  31 Tuntung Jadi ‘Anak Angkat’

Dalam lawatan Chery Malaysia ke pusat TCS di Kampung Pasir Gajah, pengeluar automotif itu secara simbolik mengambil 31  tuntung sebagai anak angkat dan menaja 16 beg palet makanan seberat 20kg setiap seekor untuk tuntung yang dipelihara di pusat tersebut.

Langkah itu penting bagi menyokong aktiviti pemuliharaan yang sedang berjalan, selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan spesies berkenaan.

Memelihara warisan semula jadi Malaysia sama penting dengan memacu kemajuan di jalan raya. Tuntung sungai adalah simbol kepada kesihatan sungai kita.

“Dengan menyokong TCS, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menghargai dan melindungi biodiversiti unik ini.” – Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia

TCS: Lebih 11,000 Telur Diselamatkan Sejak 2011

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia (TCS), Dr Chen Pelf Nyok

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif TCS, Dr Chen Pelf Nyok berkata;

Kami berterima kasih kepada Chery Malaysia kerana mengiktiraf kepentingan melindungi tuntung sungai.

“Kerjasama ini bukan saja membantu meneruskan usaha pemuliharaan, malah meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap spesies haiwan yang sering diabaikan.”

Setakat ini, TCS berjaya menyelamatkan lebih 11,000 telur dan melepaskan hampir 6,000 tuntung ke Sungai Kemaman. Selain Terengganu, tuntung sungai turut ditemui di sungai di Kedah, Perak, dan Pahang.

Kenapa Tuntung Sungai Penting?

Tuntung sungai memainkan peranan penting dalam mengekalkan ekosistem sungai yang sihat, termasuk kitaran nutrien dan penunjuk kualiti air.

Pemuliharaan haiwan itu memberi manfaat kepada hidupan liar lain, komuniti tempatan, sektor perikanan dan juga eko-pelancongan.

Usaha Chery Malaysia itu mencerminkan komitmen jangka panjang terhadap kelestarian alam, perlindungan alam sekitar, dan penglibatan komuniti dalam memastikan generasi akan datang mewarisi khazanah semula jadi yang kaya dan lestari.

Auto Terkini Batagur Affinis Chery Malaysia Southern River Terrapin Terengganu Tuntung Sungai Turtle Conservation Society of Malaysia (TCS)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.