Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Sokong Altet-Para Muda Negara di Sukan Remaja Para Asia 2025
Auto Terkini

Chery Malaysia Sokong Altet-Para Muda Negara di Sukan Remaja Para Asia 2025

SyafieBy Syafie09/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHERY Malaysia mengumumkan penajaan dan sokongan rasmi kepada kontinjen Malaysia yang bakal menyertai Sukan Remaja Para Asia 2025 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, yang berlangsung dari 7 hingga 14 Disember ini.

Seramai 29 atlet para Malaysia akan membawa cabaran negara dalam lapan acara sukan, iaitu:

  • Memanah
  • Olahraga
  • Badminton
  • Boccia
  • Angkat Berat
  • Renang
  • Ping Pong
  • Taekwondo

Bagi menyokong perjalanan rasmi pasukan ke Dubai, Chery Malaysia turut menyediakan konvoi kenderaan Chery membabitkan pelbagai model bagi membawa atlet, jurulatih dan pegawai dari Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Disember lalu.

Majlis Pelepasan Rasmi

Majlis pelepasan konvoi itu turut dihadiri beberapa tokoh penting termasuk:

  • Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin
  • Presiden Persatuan Paralimpik Malaysia, Dato’ Seri Megat D Shariman Dato’ Zaharudin
  • Naib Presiden Chery Malaysia, Cheng Nam Weng
  • Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Men Lin Bo

Konvoi tersebut melambangkan dukungan penuh Chery Malaysia dalam mengiringi kontinjen negara memulakan misi berprestij di pentas Asia.

Komitmen Terhadap Atlet Muda

Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Men Lin Bo berkata, para atlet merupakan sumber inspirasi kepada seluruh masyarakat.

Atlet para sentiasa menjadi inspirasi kepada kita semua. Mereka melambangkan keberanian, ketabahan dan semangat kecemerlangan.

Di Chery, kami percaya atlet muda inilah masa depan negara, dan kami amat berbesar hati dapat memainkan peranan kecil dalam perjalanan mereka membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin, turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Chery Malaysia.

Sumbangan Chery Malaysia memberi isyarat kuat kepada atlet muda bahawa banyak pihak menyokong serta memberi semangat kepada mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga dan pihak MSN berharap untuk menjalin lebih banyak kerjasama bermakna pada masa depan,” katanya.

Sumbangan RM29,000 dan Insentif Pingat

Selain sokongan logistik, Chery Malaysia turut menyumbang RM29,000 kepada kontinjen negara sebagai tanda komitmen syarikat terhadap pembangunan sukan Para Malaysia.

Chery juga memaklumkan akan menyediakan ganjaran tambahan bagi setiap pingat yang dimenangi atlet Malaysia di temasya berkenaan, yang perinciannya akan diumumkan kemudian.

Komitmen Jangka Panjang Terhadap Komuniti Paralimpik

Penglibatan Chery Malaysia dalam Sukan Remaja Para Asia 2025 mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pembangunan belia dan sokongan kepada gerakan Paralimpik.

Dengan menyokong atlet-para muda, Chery berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima kepelbagaian serta meraikan kejayaan tanpa batasan.

Bertemakan “Born to Rise”, temasya itu menjadi platform penting buat atlet berkeperluan khas mempamerkan bakat, keberanian serta daya saing di peringkat antarabangsa.

Komitmen ini turut sejajar dengan inisiatif Chery International di peringkat global, termasuk kerjasama bersama Jawatankuasa Paralimpik Kazakhstan bagi menganjurkan festival sukan kanak-kanak awal tahun ini, serta sokongan terhadap penganjuran Kongres Jawatankuasa Paralimpik Asia.

Langkah berterusan itu menegaskan kesungguhan Chery dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti Paralimpik di Asia menerusi program kebajikan dan pembangunan sukan yang bermakna.

Altet-Para Muda Auto Terkini Chery Malaysia Sukan Remaja Para Asia 2025
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

10/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

09/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.