• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Lancar AiMOGA dengan Dua Jenis Robot Berbeza!

Chery Lancar AiMOGA dengan Dua Jenis Robot Berbeza!

May 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR automotif dari China, Chery memperluaskan inovasi dengan memperkenalkan AiMOGA, iaitu platform robotik pintar yang terdiri daripada dua robot iaitu humanoid (robot manusia) dan robot anjing.

Langkah itu menandakan kemasukan rasmi Chery dalam dunia robotik pengguna dan perindustrian, sekali gus memperkukuh komitmen pengeluar itu terhadap ekosistem mobiliti pintar masa depan.

Humanoid Pertama Chery

Robot humanoid direka untuk berinteraksi secara semula jadi dengan manusia dan bakal berkhidmat di pusat jualan Chery global.

Ciri utama humanoid adalah:

  • Mempunyai ketinggian 166sm dengan 41º kebebasan pergerakan yang realistik mirip manusia.
  • Mampu bertutur 10 bahasa, termasuk Bahasa Melayu dan Inggeris dengan ketepatan pengenalan suara 95 peratus.
  • Dilengkapi sistem elak halangan pintar untuk bergerak bebas sekitar pelanggan.
  • Dipacu kecerdasan buatan (AI) termaju seperti CheryGPT dan model bahasa DeepSeek untuk interaksi semantik secara langsung.

Menurut Chery, humanoid itu bukan sekadar gimik teknologi, tetapi dicipta untuk menjadi pembantu jualan sebenar yang menawarkan penerangan produk, menjawab pertanyaan, dan mengiringi pelanggan ke kenderaan untuk sesi pandu uji.

Robot Anjing Serbaguna

Selain robot manusia, Chery turut memperkenalkan robot berkaki empat yang diilhamkan daripada anjing dan direka untuk menjalankan pelbagai tugas industri, keselamatan, dan rumah pintar.

Ciri utama robot anjing itu adalah:

  • Berat 13.8kg dengan kelajuan hingga 2.5 meter sesaat.
  • Dilengkapi sensor ultrasonik, kamera stereo, dan sistem AI untuk berinteraksi secara responsif.
  • Mampu memikul beban hingga 3.5kg sesuai untuk penghantaran ringan atau tugas rutin.
  • Disasarkan untuk digunakan di kilang, persekitaran berisiko tinggi dan sebagai robot haiwan peliharaan digital.

Fasa awal robót ini bukan dapat dilihat di bilik pameran Chery saja, tetapi juga fasa berikutnya. Chery mendakwa penggunaan robot AiMOGA akan diperluas ke sektor lain seperti pusat beli belah dan pembantu peribadi rumah.

Robot itu mungkin menjadi sebahagian ekosistem Mobiliti Pintar yang menyatukan kenderaan pintar, AI, dan robotik.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AiMOGA, Auto Terkini, Chery, Kecerdasan Buatan (AI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev