Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Bakal Perkenalkan Subjenama Jaecoo, Exeed di Malaysia
Auto Terkini

Chery Bakal Perkenalkan Subjenama Jaecoo, Exeed di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY bakal memperkenalkan subjenama Jaecoo ke pasaran Malaysia, dijangka tahun hadapan, manakala satu lagi jenama premium, Exeed bakal tiba menjelang 2025.

Secara asas, Chery di China memiliki tiga subjenama kenderaan, iaitu Omoda, Jaecoo dan Exeed yang mana setiap satu diasingkan dan ada rangkaian pengedar tersendiri.

Pengasingan subjenama itu sudah dibuat di beberapa pasaran asing dan perkara sama juga akan berlaku di Malaysia. Ini kerana setiap subjenama tersebut ada sasaran pelanggan tersendiri.

DUA MODEL JAECOO MASUK MALAYSIA

Jaecoo 8 AWD
Jaecoo 7

Ada dua model akan diperkenalkan, iaitu Jaecoo 7 dan Jaecoo 8 yang masing-masing dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV). Perincian boleh didapati di sini.

KENAPA PERLU ASINGKAN?

Presiden Chery Malaysia yang juga Naib Presiden Chery International, Shawn Xu berkata, setiap subjenama itu ada rangkaian premis dan pusat pengedaran tersendiri di pasaran luar.

Pengasingan di bawah bumbung berbeza dilakukan kerana setiap subjenama ada sasaran pelanggan berbeza seperti berikut:

  • Omoda: Mensasarkan golongan muda yang meminati SUV, mementingkan gaya dan fesyen.
  • Jaecoo: Mensasarkan golongan kelas pertengahan, orang kaya baharu dan mahukan SUV lasak (rugged).
  • Exeed: Menumpukan golongan elit yang menitikberatkan aspek teknologi.

Shawn berkata, pihaknya merancang mengasingkan subjenama Omoda yang berdiri sendiri dan bukan sebumbung dengan Jaecoo. Beliau berkata;

Kita perlu membuat penyelarasan operasi di Malaysia, dan juga projek pengasingan jenama Omoda dan Jaecoo. Pada peringkat awal, kita tak dapat lakukannya.

“Di pasaran lain, Omoda dan Jaecoo diasingkan sebab sasaran pelanggan juga berbeza.”

KENAPA TAK ASINGKAN AWAL?

Shawn menjelaskan;

Sebenarnya, sebelum ini (memulakan operasi) kami mahu memastikan sekurang-kurangnya satu rangkaian mampu bertahan dalam pasaran dan kami perlu ada lebih banyak produk untuk menyokong kemampuan rangkaian itu supaya terus hidup.

“Selain itu, di peringkat awal (semasa mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk memulakan bisnes) kami menyerahkan proposal menyatakan Omoda 5, Tiggo 7 dan Tiggo 8 di bawah jenama Chery.

“Di sebilangan negara, kami sudah mengasingkan rangkaian mengikut subjenama dan ada juga pasaran seperti Turkiye (dan Malaysia), kami meletakkan ketiga-tiga model bawah Chery.

“Tetapi, kami akan mengasingkan (subjenama) secara berperingkat. Hala tuju seperti ini amat jelas, iaitu Chery untuk Chery, Omoda-Jaecoo untuk Omoda-Jaecoo.

“Tetapi kami perlu masa untuk peralihan itu, iaitu meletakkan Omoda dalam rangkaian, jenama Omoda (di Malaysia).

BILA JAECOO MASUK MALAYSIA?

Kita sudah melancarkan Jaecoo 7 dan Jaecoo 8 di China, model pemanduan kiri (LHD). Eksport Jaecoo 7 ke pasaran pemanduan kanan (RHD) dijangka hujung tahun ini dan Jaecoo 8 sekitar pertengahan 2024.

“Malaysia akan menerima kedua-dua varian Jaecoo bermula tahun depan.”

JAECOO DULU, KEMUDIAN PISAHKAN CHERY?

Beliau menambah;

Omoda dan Jaecoo memang perlu diasingkan. Pengedar rasmi boleh mendirikan premis Jaecoo berasingan.

“Apabila ada lebih banyak model Chery seperti Tiggo 4, Tiggo 9 dan Arrizo yang sesuai untuk pasaran pemanduan kanan (RHD), ini akan meluaskan rangkaian produk jenama Chery (untuk berdiri sendiri).”

autoterkini Chery Chery International Chery International User Summit 2023 Chery Malaysia Exeed Jaecoo Omoda Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.