Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Dibuka – Showroom BMW Motorrad Serba Lengkap
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Dibuka – Showroom BMW Motorrad Serba Lengkap

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR motosikal, BMW Chear Motorrad, hari ini secara rasmi membuka pusat jualan dan servis baharunya di Shah Alam, Selangor, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran BMW Motorrad di Lembah Klang.

Majlis pelancaran ini turut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, menjadikan acara pembukaan ini lebih signifikan kepada komuniti penunggang motosikal tempatan.

Lokasi Strategik Di Seksyen 15 Shah Alam

Terletak di No. 33 & 35, Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, pusat baharu ini dibangunkan di lokasi strategik yang mudah diakses dari Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan kawasan sekitar.

Dengan keluasan lebih 16,000 kaki persegi, Chear Motorrad Shah Alam tampil sebagai pusat sehenti lengkap untuk peminat motosikal premium, daripada jualan unit baharu hinggalah servis selepas jualan.

Pilihan Motosikal Pelbagai Segmen

Antara tarikan utama ialah penawaran motosikal yang merangkumi pelbagai segmen termasuk adventure, touring, sportbike dan skuter premium.

Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, sama ada mereka mencari jentera untuk kegunaan harian, tunggangan hujung minggu, kembara jarak jauh atau motosikal berprestasi tinggi.

Selain itu, pusat ini turut menawarkan pelbagai aksesori kembara, kelengkapan perlumbaan serta item gaya hidup rasmi, menjadikannya destinasi lengkap untuk pemilik dan peminat BMW Motorrad.

Pusat Servis Untuk Kemudahan Pelanggan

Bukan sekadar showroom, Chear Motorrad Shah Alam juga dilengkapi pusat servis moden dengan 10 bay, yang mampu menampung jumlah pelanggan lebih ramai pada satu-satu masa.

Kemudahan ini dijangka mempercepatkan proses servis berkala, pemeriksaan teknikal dan kerja pembaikan, sekali gus mengurangkan tempoh menunggu pelanggan.

Kafe Untuk Rehat Sambil Menunggu

Menambah nilai kepada pengalaman pelanggan, pusat ini turut menyediakan kafe khas untuk pengunjung berehat sementara menunggu motosikal diservis atau sebelum menerima motosikal baharu mereka.

Konsep ini memberi suasana lebih premium dan santai, sesuai dengan imej jenama premium yang dibawa BMW Motorrad.

Waktu Operasi

  • Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Ahad & Cuti Umum: Tutup
BMW Malaysia BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia BMW Shah Alam BMW Showroom BMW Showroom Malaysia Chear BMW Motorrad Motosikal premium
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.