• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022

CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022

January 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA sudah memberi pengesahan untuk menghentikan pengeluaran model Alza selewat-lewatnya bulan April ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad menjelaskan, model kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen B itu sepatutnya ditamatkan produksi pada bulan ini.

Bagaimanapun, pihaknya mendapat kebenaran untuk meneruskan pengeluaran Alza susulan beberapa kejadian yang tidak dijangka berlaku sepanjang tahun lalu.

Ini termasuk gangguan ekosistem industri khususnya bekalan komponen, kejadian banjir membabitkan pihak vendor dan langkah kawalan penularan wabak Covid-19.

Kejadian luar jangka itu menyebabkan pelanggan Perodua terpaksa menunggu antara tiga hingga enam bulan untuk mendapatkan kenderaan yang ditempah.

Zainal berkata:

"Mungkin bulan Mac atau April ini (Alza dihentikan pengeluaran). Kami tidak dapat beritahu bila model pengganti akan diperkenalkan. Apa yang pasti, bukannya tahun depan. Tahun depan akan ada satu produk FMC (Full Model Change)."

Khabarnya, ada kira-kira 3,200 pelanggan yang menempah model Alza namun masih belum menerima kenderaan masing-masing.

Perodua mencatat pendaftaran sebanyak 14,828 unit Alza sepanjang tahun lalu. MPV itu merupakan model paling kecil berhubung jumlah pendaftaran dalam portfolio produk Perodua.

BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
BACA >>> Model Konsep Daihatsu DN Multisix Bakal Jadi Perodua Alza Baharu?
BACA >>> Aksi Dramatik Polis Paut Atas Bonet, Alza Couple Lari Elak Kena Cekup

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Zainal Abidin Ahmad, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Perodua, Perodua Alza, Segmen B MPV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my