Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal
Auto Terkini

CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

Brader ShawnBy Brader Shawn22/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS mengejutkan ramai peminat permotoran tempatan dengan sportbike Ninja 250 ABS yang di-Modenas-kan, pengeluar motosikal nasional itu akhirnya menjawab beberapa persoalan dan pelan mengenai kerjasama dengan Kawasaki Heavy Industries (KHI) di Jepun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Roslan Roskan (foto atas, tiga dari kanan), Modenas akan menghasilkan model Kawasaki versi pemasangan tempatan (CKD) untuk segmen bawah 700cc.

BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!

Kami akan perkenalkan lapan model membabitkan Modenas dan Kawasaki tahun ini, dan separuh daripadanya ialah Kawasaki.

“Kumpulan DRB-HICOM akan melabur lebih kurang RM5 juta untuk program pengeluaran motosikal Kawasaki CKD, membabitkan model streetbike. Kawasaki (KHI) juga ada buat sejumlah pelaburan tertentu.”

– ROSLAN ROSKAN, CEO Modenas

Menurutnya lagi, Modenas akan mengeluarkan kira-kira 1,000 unit model Kawasaki pada penggal kedua tahun ini daripada kilang di Gurun, Kedah untuk pasaran tempatan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan produk hasil kerjasama Modenas-Kawasaki itu akan dieksport ke luar negara, tetapi masih tertakluk kepada perbincangan dengan KHI. Justeru, kerja-kerja menyiapkan barisan pengeluaran tambahan di kilang Modenas kini sedang rancak dilakukan yang akan dikhaskan untuk pengeluaran unit CKD Modenas-Kawasaki.

“Peralatan dan mesin yang diperlukan sudah tiba di kilang kami. Kini, kerja-kerja untuk menyiapkan barisan pengeluaran ketiga giat dijalankan,” katanya.

Kilang Modenas di Gurun mempunyai dua barisan pengeluaran untuk pemasangan model Bajaj dan skuter Modenas. Satu lagi barisan pengeluaran adalah untuk moped Modenas.

BACA >>> Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?

BAJAJ VS KAWASAKI VS MODENAS

Pulsar RS200
Kriss MR2

Roslan menjelaskan kehadiran program CKD Modenas-Kawasaki tidak akan menjejaskan usahasama dengan Bajaj atau mempengaruhi jualan jenama dari India itu. Menurutnya, produk Bajaj yang dipasang Modenas ialah bawah 200cc dan disasarkan untuk pembeli tertentu, iaitu kalangan penunggang yang mahu naik taraf motosikal dengan bajet terhad.

Bagi model Kawasaki CKD, model-model ini pula disasarkan kepada kalangan penunggang yang ada bajet tambahan dan mahu memiliki motosikal berkapasiti lebih besar, iaitu tidak lebih 700cc.

Pada masa sama, Roslan turut mengesahkan motosikal sentuhan asli Modenas, Kriss MR2 akan kekal diteruskan. Ini termasuk rancangan membangunkan model sendiri untuk kelas bawah 150cc.

BACA >>> #SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!

Puas hati dengan jawapan CEO?

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Heavy Industries (KHI) Kawasaki-Modenas Modenas Modenas Ninja 250 ABS Modenas Ninja 250 ABS (2020) roda2 Roslan Roskan sportbike
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.