Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CEO Aston Martin Tunjuk Handal – Menang Tempat Kedua Lumba Enduran 24 Jam!
Auto Terkini

CEO Aston Martin Tunjuk Handal – Menang Tempat Kedua Lumba Enduran 24 Jam!

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JARANG kita dengar ada pengurusan tertinggi sesebuah pengeluar automotif terlibat sebagai pelumba pasukan syarikatnya sendiri. Jika ada pun sebelum ini ialah Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda yang memandu sendiri kereta lumba syarikatnya.

Perlumbaan bukan saja tentang penjenamaan dan pemasaran, tetapi turut melambangkan semangat tidak menyerah kalah, membuat keputusan, dan berdepan halangan, termasuk menambah pengalaman dan pengetahuan sumber manusia sesebuah syarikat itu sendiri.

BACA >>> Proton R3 Juara Perlumbaan Enduran 1,000km di Sepang, Atasi 28 Pelumba Lain!

Inilah apa yang Akio nampak dan mahu pekerjanya terlibat dalam perlumbaan. Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong juga turun padang ketika pasukan R3 bersaing di Perlumbaan Sepang 1,000km (S1K). Ini juga perkembangan positif.

RAIH TEMPAT KEDUA


Jika penglibatan pengurusan tertinggi dalam perlumbaan dianggap sesuatu yang jarang berlaku, apa dilakukan Presiden dan CEO Aston Martin jauh lebih jarang dicapai rakan-rakan sejawatnya. Seperti diberitakan dalam artikel terdahulu, Dr Andy Palmer (atas, paling kanan) mahu bersaing dalam perlumbaan Hankook 24 Hours of CoTA (Circuit of The Americas) dalam kelas SP3.

Nampaknya Palmer dan pasukannya betul-betul handal apabila meraih tempat kedua! Penyertaan beliau dirancang rapi kerana rakan sepasukannya bukan calang orang yang terdiri daripada pemenang kelas dalam perlumbaan 24 Hours Nürburgring 2017, Peter Cate, dan pengulas Radio Le Mans, John Hindhaugh dan Paul Hollywood.

Palmer juga sebenarnya sudah lama bersedia apabila sebelum ini turut bertanding dalam perlumbaan Kelab Pemilik Aston Martin (AMOC) di litar Snetterton, Brands Hatch, Rockingham dan Silverstone.

BALL-JOINT ROSAK

Perlumbaan enduran 24 jam itu dibahagi kepada dua sesi, bermula pada Sabtu jam 9 pagi hingga 11 malam, dan Ahad jam 8 pagi hingga 6 petang. Cabaran dihadapi juga tidak mudah apabila Vantage GT8 yang dipandu terbabit kemalangan dengan pelumba lain. Kerosakan sendi-bebola (ball-joint) depan akibat serpihan atas litar menyebabkan pelumba terpaksa memasuki pit sebanyak dua kali untuk baik pulih.

Mujurlah kru pit Aston Martin pun bukan calang-calang pasukan kerana pernah terlibat dalam divisyen Projek Spesial dan pusat ujian Nürburgring. Hasilnya, mereka berjaya membaiki kerosakan tersebut untuk membolehkan pelumba kembali berlumba.

Pendahulu perlumbaan turut mengalami masalah mekanikal dan akhirnya pelumba terakhir Aston Martin, Hollywood berjaya menamatkan saingan di tempat kedua. Kemenangan ini nyata momentum yang bagus buat Aston Martin, apatah lagi kejayaan itu dilakukan sendiri CEO dan Presidennya.

Sesebuah syarikat boleh saja mengupah pelumba handalan untuk menyertai perlumbaan. Tetapi, apabila CEO berjaya melakukannya sendiri, itu pencapaian yang lebih menggagumkan!

Aston Martin Aston Martin Vantage GT8 Auto Terkini Dr Andy Palmer Hankook 24 Hours of CoTA Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.