Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Castrol CRB TURBOMAX Baharu Kini di Malaysia, Perlindungan 3X untuk Enjin Tugas Berat, Ringan
Aksesori

Castrol CRB TURBOMAX Baharu Kini di Malaysia, Perlindungan 3X untuk Enjin Tugas Berat, Ringan

Han OthmanBy Han Othman28/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Castrol CRB TURBOMAX kini di Malaysia
CASTROL Malaysia memperkenalkan dua produk baharu di bawah jenama Castrol CRB TURBOMAX seperti berikut:

  • Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9
  • Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN

Kedua-dua minyak enjin itu dibangunkan berasaskan teknologi Durashield™ yang direka khas untuk pelbagai jenis kenderaan komersial, daripada lori tugas berat hingga trak pikap dan van tugas ringan. Dengan perlindungan terhadap haba, enapan, dan haus, produk tersebut menjanjikan perlindungan 3X untuk enjin, walaupun dalam kondisi operasi mencabar.

1. Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9 – untuk Lori Tugas Berat

Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK4/E9
Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK4/E9

Minyak enjin separa sintetik ini sesuai untuk enjin diesel 4-lejang kelajuan tinggi dan menyokong pelbagai jenis bahan api. Ia juga serasi dengan sistem EGR (Exhaust Gas Recirculation).

Lori berat biasanya beroperasi dalam keadaan ekstrem: perjalanan jauh, beban berat dan cuaca tak menentu. Minyak enjin yang mampu tahan haba dan tekanan diperlukan untuk memastikan prestasi optimum.

Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9 dilengkapi Durashield™ Technology yang membantu:

  • Kurangkan pembentukan haba berlebihan
  • Cegah enapan berbahaya
  • Lindungi komponen penting daripada kehausan

Hasilnya, enjin lebih tahan lama, dan operasi lebih lancar, manakala kos penyelenggaraan lebih rendah.

2. Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN – untuk Kenderaan Tugas Ringan

Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK4 SN
Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK4 SN

Untuk trak pikap, van dan trak ringan, Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN adalah pilihan ideal. Minyak enjin sintetik penuh itu direka khas untuk melindungi enjin turbo diesel dan petrol prestasi tinggi.

Kenderaan ringan sering terdedah kepada lalu lintas sesak, jalan kasar dan pemanduan jarak dekat yang semua itu memberi tekanan terhadap enjin. Minyak enjin berkenaan menawarkan perlindungan 3X terhadap:

  • Pemecahan minyak akibat haba
  • Pembentukan enapan
  • Haus komponen utama enjin

Berdasarkan ujian makmal terbaharu, Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN menunjukkan 50 peratus perlindungan haus lebih baik berbanding had industri biasa. Ini memastikan jangka hayat enjin lebih panjang dan operasi lebih cekap.

Mesra Alam dan Cekap Bahan Api

Kedua-dua formulasi serasi dengan biodiesel yang menjadikan ia pilihan lebih mesra alam. Selain itu, prestasi pelinciran lancar membantu enjin kekal bersih dan boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Perlindungan 3X merujuk kepada perlindungan terhadap haba, enapan dan haus.

aksesori Auto Terkini Castrol CRB TURBOMAX Castrol Malaysia minyak enjin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.