Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cardo KTM PackTalk Edge telah Tiba di Malaysia (SIAP + GAMBAR)
Auto Terkini

Cardo KTM PackTalk Edge telah Tiba di Malaysia (SIAP + GAMBAR)

WahidBy Wahid28/09/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CARDO Malaysia mengumumkan ketibaan peranti Bluetooth untuk helmet motosikal, Cardo KTM PackTalk Edge untuk pasaran tempatan, khususnya kepada mereka yang menunggang motosikal KTM.

Penggunaan peranti Bluetooth pada helmet sudah menjadi jadi trend yang agak biasa masa kini berbanding lima tahun lalu kerana model-model KTM bermula daripada banjaran 390 ke atas dilengkapi aplikasi infotainmen yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar.

Ada banyak barisan peranti Cardo, dan KTM PackTalk Edge ialah model yang berasaskan PackTalk Edge dalam kategori perdana.

Berikut ciri Cardo PackTalk Edge:

  • Boleh melakukan strim muzik, radio FM, telefon menerusi pautan Bluetooth.
  • Perisian dan pembesar suara jenama JBL yang dinaik taraf.
  • Penapisan bunyi bising dipertingkat. Cardo menggunakan mikrofon untuk ‘membaca’ tahap bunyi bising dengan menghasilkan frekuensi audio lebih jelas. Melalui pengalaman penulis, ciri ini membuatkan suara penunggang jadi sangat jelas ketika bercakap hingga pendengar tidak percaya anda sedang menunggang!
  • Ada fungsi nterkom melalui pautan Bluetooth sesama penunggang, pembonceng atau penunggang lain menerusi pautan Dynamic Mesh Communication (DMC) generasi kedua dengan pengguna peranti yang ada fungsi DMC.
  • Cipset dan protokol Bluetooth 5.2 terbaharu (PackTalk Bold menggunakan Bluetooth 4.1) yang membenarkan pindahan data lebih pantas selain mengurangkan penggunaan tenaga. Ia juga membolehkan sambungan padanan (pairing) dibuat lebih cepat.
  • Transmisi data menerusi Bluetooth 5.2 juga lebih stabil, dan lebih jauh.
  • Kualiti audio untuk fungsi panggilan telefon juga sangat jelas.
  • Perisian boleh dikemas kini secara wayarles menerusi fungsi ‘Over the Air Update’.
  • Port pengecas ditukar daripada mikro USB kepada USB Type-C untuk  pengecasan dan pemindahan data lebih pantas.
  • PackTalk Edge boleh memberikan masa penggunaan selama dua jam jika dicas 20 minit. Ini amat berguna, terutama jika menunngang jauh.
  • Pengecasan penuh 0-100 peratus mengambil masa 2 jam dengan masa penggunaan hingga 13 jam, dan kuasa siap sedia (standby) hingga 10 hari.
  • Pengecaman suara semula jadi (Natural Voice Recognition) yang membolehkan penunggang menyebut fungsi yang dimahukan dengan menggunakan arahan suara dan pertuturan biasa.
  • Maksudnya, penunggang tidak perlu merakam arahan terlebih dulu. Misalnya, penunggang hanya perlu sebut, “Hey Cardo, music on” dengan cara dan suara tersendiri.
  • Selain itu, penunggang juga  boleh menyanyi sekuat hati dalam helmet tanpa menjejaskan fungsi peranti.

Ciri Luaran

  • Kasing (casing) lebih nipis dan aerodinamik.
  • Punat pelbagai fungsi lebih besar.
  • Pelekap air mount baharu magnet yang sangat kuat dan tahan kelajuan tinggi.
  • Tiada lagi antena luaran seperti PackTalk Bold.
  • Casing kalis air dan habuk.

Cardo PackTalk Edge VS Peranti Bluetooth Lain

  • Peranti PackTalk bukan bergantung kepada pautan Bluetooth sahaja, kerana ciri itu ada beberapa batasan, terutama ketika berkonvoi.
  • Misalnya, sambungan Bluetooth akan terputus jika seorang atau beberapa penunggang terpisah dari kumpulan. Selepas itu, sambungan mungkin tidak dapat disambung kembali kecuali dengan membuat pautan (pairing) semula.
  • Cardo mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan protokol sambungan DMC.’ Rangkaian DMC tidak terputus walaupun ada beberapa pengguna terputus hubungan dengan kumpulan. Malah penunggang yang terpisah hubungan komunikasi akan disambung secara automatik apabila menyertai semula konvoi.
  • DMC juga membolehkan sambungan seramai 15 pengguna pada satu-satu masa berbanding Bluetooth.
  • Justeru fungsi Bluetooth adalah menyambungkan peranti kepada telefon pintar dan panel meter motosikal, termasuk pembonceng. Sebaliknya, DMC digunakan untuk sambungan berkumpulan.

Berapakah Harga Cardo KTM PackTalk Edge?

  • Dijual pada harga RM1,699. Jika mahukan peranti Bluetooth dengan ciri yang memuaskan, inilah produk itu!
  • Cardo Malaysia juga menawarkan  model Cardo lain seperti:
    • PackTalk Edge – RM1,649
    • PackTalk Bold – RM1,429
    • Freecom 4X – RM1,179
    • Spirit – RM369
  • PackTalk Bold memiliki ciri Bluetooth 4.1, DMC generasi pertama, dan pembesar suara JBL generasi pertama. Freecom  4X pula ada pembesar suara JBL dan Bluetooth, tetapi tiada DMC, manakala Spirit ialah model standard dengan ciri Bluetooth sahaja.

Layari laman Facebook Cardo Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Wahid

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.