Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
Autotainment

Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!

Han OthmanBy Han Othman22/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BILAKAH sepatutnya memasang lampu bahaya? Bilakah pula guna lampu kabus? Apakah fungsi lampu kereta anda? Ya, pemandu kita sering keliru bagaimana menggunakan sistem lampu dengan betul pada kereta mereka. Jom kita baca ringkasan mengenai fungsi, simbol, masa guna dan etika menggunakan lampu kereta:

1. LAMPU DEPAN (HEADLAMP)

lampu-depan-headlamp
Lampu depan (headlamp) dilengkapi dua fungsi, iaitu lampu malap (dim) dan lampu suluh (beam). Pada awal era permotoran, ciri lampu utama sekadar lampu malap sahaja yang cahayanya sangat lemah dan langsung tidak membantu mencerahkan laluan di hadapan.

Bagaimanapun, fungsi sebenar lampu ‘hidup segan mati tak mahu’ itu adalah memberikan kejelasan kepada kenderaan di hadapan. Jadi, kita dapat tahu ada kenderaan lain juga sedang bergerak di hadapan ketika memandu pada malam atau situasi kurang pencahayaan. Dalam situasi tertentu lampu malap juga berfungsi sebagai lampu sandaran (backup lamp) kepada lampu suluh jika gagal berfungsi. Fungsi dan ciri lampu depan masih kekal hingga sekarang.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Rata-rata kereta lama tidak mempunyai sebarang indikator atau simbol khas untuk lampu depan di panel meter kecuali lampu suluh tinggi (highbeam). Jadi, pemandu terpaksa bergantung kepada tahap kecerahan lampu iluminasi  panel meter yang mengelirukan hingga membuatkan mereka terlupa atau tersalah sangka sudah memasang lampu depan, terutama ketika memandu malam di kawasan yang banyak lampu jalan (seperti di bandar).

simbol-lampu-depan-headlamp
Penyelesaiannya, jurutera automotif mencipta simbol khas untuk lampu malap (Gambar 1 – suis lampu dipasang & Gambar 3 – lampu sisi), dan lampu suluh rendah (Gambar 2). Kini, majoriti kereta moden menggunakan dua atau tiga simbol ini dan anda perlu memastikan semua simbol tersebut menyala ketika memandu malam atau kurang pencahayaan.

2. LAMPU SIANG (DAYTIME RUNNING LIGHTS – DRL)

lampu-siang-daytime-running-lights
Fungsi kejelasan atau visibiliti kerap dilupakan. Sebenarnya, memasang lampu depan ketika memandu dalam cuaca buruk atau di lebuh raya ialah tindakan yang sangat bagus. Namun, masih ramai pemandu mengabaikannya dan cenderung mematikan lampu ketika memandu siang. Inilah sebab kenapa lampu siang dicipta!

Lampu siang biasanya sentiasa terpasang sebaik sahaja kenderaan dihidupkan. Tetapi, harus diingat, lampu siang sama sekali tidak menggantikan fungsi lampu depan kerana ia menyala tanpa mengaktifkan lampu belakang, dan ini menyusahkan pemandu di belakang. Sama seperti namanya, lampu siang adalah untuk kegunaan siang hari.

3. LAMPU SULUH TINGGI (HIGH BEAM)

lampu-suluh-tinggi-highbeam
Jangan guna sebarangan lampu suluh tinggi (high beam) kerana ia mampu mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan anda melihat cermin pandang belakang. Anda hanya patut menggunakan lampu suluh tinggi apabila tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama.

Jika anda dapat lihat ekor cahaya daripada pemandu hadapan, cepat-cepat rendahkan cahaya lampu untuk mengelak pemanduan mereka terganggu. Malah, bukan pemandu sahaja boleh buta akibat perbuatan anda, pengguna jalan raya seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal turut mengalami nasib sama. Tolong bertimbang rasa!

Simbol lampu suluh tinggi.
Hala cermin pandang belakang ke bumbung jika silau.

Paling penting jangan saling berlawan memasang lampu suluh tinggi jika kenderaan hadapan enggan merendahkan lampu mereka. Anda sebenarnya hanya memburukkan keadaan. Apa yang perlu dilakukan ialah bersabar, kurangkan had laju dan fokus kepada garisan jalan untuk mengelak silau. Jika arah lampu dari belakang, cuma halakan reflek cermin pandang belakang anda ke bumbung kereta.

4. LAMPU KABUS (FOG LAMPS)

Lampu kabus belakang.

Lampu kabus bukan lampu siang. Anda patut menggunakannya ketika situasi kabus, kabut, jerebu, ribut atau hujan lebat yang menyebabkan pandangan hadapan terjejas kurang 100 meter. Lampu kabus akan membantu anda mencerahkan sudut jalan di hadapan dan tepi, sekali gus meningkatkan kejelasan pemanduan.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu

Ciri baru lampu kabus belakang pula dicipta untuk meningkatkan kejelasan kereta supaya mudah dilihat pemandu belakang. Ia direka khas untuk membantu pemandu di Eropah yang berdepan masalah kabus atau kabut teruk ketika musim salji, di mana jarak penglihatan menyamai situasi jerebu tahap darurat di Malaysia.

Lampu kabus belakang kebanyakannya lebih terang berbanding lampu kabus depan. Malah, tahap silau mencecah kira-kira 30 kali ganda berbanding lampu biasa. Jadi, tolong pasang apabila perlu sahaja!

simbol-lampu-kabus
Di atas ialah simbol lampu kabus depan (Gambar A) dan lampu kabus belakang (Gambar B). Walaupun simbol hampir sama, tetapi berbeza arah (suluh kiri untuk depan, suluh kanan untuk belakang). Perbezaan paling mudah ialah warna, iaitu hijau untuk lampu kabus depan dan kuning untuk lampu kabus belakang. Ingat!

5. LAMPU BAHAYA (HAZARD LIGHTS)

Lampu bahaya berkelip.
Butang lampu bahaya.

Lampu bahaya direka untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai bahaya yang sedang berlaku sama ada membabitkan kenderaan sendiri atau orang lain. Ia digunakan apabila kereta anda terkandas atau berhenti seketika disebabkan ada gangguan di hadapan.

Asasnya, anda tidak sewajarnya menggunakan fungsi lampu bahaya sesuka hati walaupun ketika berdepan cuaca buruk seperti hujan lebat. Ini kerana kereta anda masih sedang bergerak! Ini boleh menyebabkan kenderaan belakang membrek mengejut dan seterusnya mengakibatkan impak perlanggaran domino dengan banyak kenderaan lain di belakang.

Bagaimanapun, jika anda sedang memandu dan menyedari ada bahaya di hadapan (misalnya ada kenderaan berhenti di lorong kecemasan), anda sebenarnya boleh mengaktifkan lampu bahaya seketika untuk memberi amaran kepada pemandu lain bahawa anda sedang memperlahankan kereta. Dan jangan pula lupa mematikannya.


TIP EKSTRA

Kereta moden biasanya dilengkapi indikator amaran jika berlaku kegagalan pada sistem lampu. Namun, anda sepatutnya memeriksa sendiri lampu kereta anda secara berkala supaya beroperasi dalam kondisi terbaik. Ini termasuk lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga, indikator, lampu parkir atau undur, lampu kabus dan lampu utama.

Periksa cermin lampu bagi memastikan tiada retakan, pecah atau pudar. Lampu depan patut dijajarkan supaya arah suluhan cahaya sekata dan tidak menyilaukan pemandu hadapan, terutama ketika suluhan rendah.

autotainment cara guna lampu kereta lampu bahaya lampu depan lampu kabus lampu kabus belakang lampu kabus depan lampu siang lampu utama simbol lampu kereta tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
View 44 Comments

44 Comments

  1. Aiman on 30/12/2016 06:07

    Assalammualaikum bang, kereta saya bila saya pasang lampu biasa dia tak hidup lah tapi bila saya pakai lampu tinggi dia hidup. Cuba abang terangkan masalah ni sama ada mentol lampu dia yang masalah atau wiring. Tolong bang tiap malam bila keluar saya selalu pakai lampu tinggi kesian juga saya kat pemandu2 yang lain sakit mata saya nak pakai lampu biasa pun tal boleh. Tolong bang

    Reply
    • Anon on 25/01/2017 23:17

      Blh jadi filamen low beam bermasalah. Hanya filamen high beam yg berfungsi. Tukar mentol. Klo still jadi lg, check suis & wiring.

      Reply
      • Mohd Shahrul on 25/01/2018 00:43

        Sy punya kereta alza bru jap2 Tdi jd mcm To, dua2 belah Tp lampu Tggi ok plak, kalau lah nk Tukar mentol kedua bijik To mahal x abang???

        Reply
    • alif on 04/09/2017 12:12

      ni masalah aircond nim
      pergi tambah gas aircond

      Reply
  2. Hasroll on 08/03/2017 14:25

    Asalammualaikum,saya nak tanya sekarang ni lampu rendah kereta saya xleh padam menyala je,suis lampu tu sekali dengan suis foglamp tp bila tutup hanya foglamp je yang padam lampu kecil tu tak padam,enjin dah matikan pun lampu tu masih menyala,masalah apa yea?

    Reply
    • AO on 28/05/2017 00:23

      Macam berhantu ja kereta saudara. Elok tanya mekanik, mungkin ada problem dengan suis

      Reply
      • zakuan on 04/07/2017 11:17

        assalammualaikum en.hasrol,

        sebelum ni kereta saya pernah jadi kes macam kereta en. Punca jadi macam tu dekat kereta sy sebab sy tukar lampu no plate belakang. Lepas saya tukar kepada mentol yg asal, masalah tu dh x ada.

        Reply
  3. zull on 31/03/2017 21:06

    Salam saya punya iswara lampu break ketiga x befungsi,,dah tukar mentol n fius2x semua masih ok,,,,tetap tak nyala,,,apa sebab tu?

    Reply
    • AO on 28/05/2017 00:21

      Check wiring

      Reply
  4. azminhb on 19/04/2017 00:10

    Assalamualaikum.
    Kereta saya mengalami masalah lampu sebelah kanan low beam, manakala sebelah kiri high beam bila kedudukkan suis berada di low beam.
    Pada hemat tuan apakah masalahnya.
    terima kasih

    Reply
    • AO on 28/05/2017 00:29

      Suruh mekanik adjust balik setting posisi lampu

      Reply
  5. Hanami on 25/05/2017 11:40

    Assalamualaikum. Saya pakai Proton Saga (1.3). Baru je terjadi. Biasa mlm saya pakai beam tp 2 hari lps, beam saya jd high beam dengan sendiri dia, icon high beam menyala. Saya cuba nak off tp x blh, blh pakai low beam ngan high beam je. Blh x advice mcm mana nak off high beam utk Proton Saga?

    Reply
    • AO on 28/05/2017 00:27

      Mungkin fius rosak

      Reply
  6. Mohd hazman Ishak on 06/06/2017 08:11

    Assalamualaikum.. Saya ada masalah…lampu belakang semua x menyala…tapi bila brek menyala semua..dah tukar mentol..still sama…adakah sebb mentol,suis atau wiring??

    Reply
    • AO on 07/06/2017 15:54

      Boleh jadi suis atau fius

      Reply
      • Zackkk on 07/09/2017 02:33

        Sy mengalami masalah yg sama . Lampu panel meter jugak tidak menyala . Adakah masalah fius juga ?

        Reply
  7. mie on 12/06/2017 07:12

    salam….bro…saya pasang bulb led pada lampu lowbeam tampa tukar wayar…tp bila suis on led td hanye berkilap 3-4 kali and senyap…bila on balik suis berkilap yg sama…tp bila tukar balik buib biasa ok pulak on jee….apo masaalah tu bro….

    Reply
  8. alex on 18/06/2017 22:18

    haa saya punya kereta lagi hebat masalahnyaa..tukar bulp.lampu kecik xmnyala..lampu biasa mnyala..foglamp trus xmnyala..kenapa tu?

    Reply
  9. Pairus zainal on 29/06/2017 00:45

    Salam bang.

    Minta tolong. High beam hidup (kiri kanan hidup) tp low beam mati (kiri kanan tak hidup) .. ini di sebab kan relay ke.. @ mcm abg ckp filamen utk low beam dh rosak.. tp yg muskil nye.. bole ke terjadi serentak kiri kanan low beam tak hidup.. tolong saya bang..

    Reply
  10. Mohd Hasdi on 06/07/2017 09:50

    Assalamualaikum,

    Saya ada masalah LAMPU HADAPAN menyala walaupun saya off enjin dan off kan lampu kat suis dia. Saya guna kereta Isuzu Dmax.

    Harap dapat membantu.

    Sekian,terima kasih

    Reply
  11. rizal on 21/07/2017 14:03

    nak tanya, bila buka lampu, indicator high beam akan menyala walaupun xbuka highbeam. tapi bila drive lama dia akan padam dgn sendiri. knp ya?

    Reply
  12. Latif Yusof on 09/10/2017 02:02

    Salam….nak tayo…kenapa bila saya guna bulb led headlamp pd exora cfe terdapat gangguan pada radio

    Reply
  13. rashid sowarni on 10/10/2017 10:36

    masalah lampu kereta saya ialah lampu malap atau tidak terang.. check alternator ok tiada masalah.. apakah faktor terjadinya situasi ini..

    Reply
  14. Ramli on 30/10/2017 11:21

    Saya baru menukar lampu kereta kepada jenis LED..
    Tetapi terdapat gangguan kepada siaran radio ketika memasang lampu
    Mohon Pomeranian
    Tkasih

    Reply
  15. moksien mohd adricee on 11/01/2018 20:20

    aslkum,ada kah sesiapa ingin beritahu saya tentang kegunaan fius A/C 7.5A,kereta viva elite.

    Reply
  16. Shafie on 19/01/2018 13:37

    Salam.. boleh sy minta pandanagan .. wayar lampu bawah stering panas ketika lampu dihidupkan.. kenapa ya.. bantu saya jika sudi.. terima kasih banyak

    Reply
  17. mohadarshad on 08/02/2018 23:39

    salam tuan.lampu depan saga fl sya kerap terbakar kiri & kanan.bila tukar mentol ia menyala tp xlama,mesti akn terbakar balik.mohon bantuan dari pengalaman yg tuan..stress tahan gaban fikirkannya

    Reply
  18. Kamaruzaman on 21/05/2018 23:53

    Dari mentol 3 kaki iaitu tinggi dengan rendah dalam 1 mentol…sekarang saya pakai 2 mentol 1 lampu rendah n 1 lampu tinggi..masalah sekarang mau buat apabila buka lampu tinggi mau 2 mentol mau nyala..

    Reply
  19. Iwan on 05/06/2018 20:41

    Assalam. Bro sy nk tukar mentol lampu kete alza sy pakai mentol LED. Kne saman x klo pakai?

    Reply
  20. Skyline on 25/11/2018 15:21

    Nak tanya, kereta proton iswara saya bila on lampu besar rpm turun.sekarang pakai bulb 12v 90/100w.sebelum yang ori pakai 12v 60/55w.dalam keadaan ini bolehkah effect rpm turun?

    Reply
  21. Kazama on 10/03/2019 06:00

    Salam tuan admin, saya baru hbs tinted alza advance. Bila balik lampu simbol abs dan handbrake menyala..tak lama kemudian selepas parking saya perhatikan lampu pintu pun menyala sedangkan semua pintu termasuk bonet dpn dan belakang sudah rapat. Lebih parah lagi apabila lampu depan tiba-tiba menyala sendiri walaupun button on lampu tidak dihidupkan. Mohon bantuan daripada admin untuk memberi penjelasan. Terima kasih.

    Reply
    • ABG GYL on 10/03/2019 18:53

      Hantar SC untuk check

      Reply
    • Awang on 24/11/2019 03:53

      Salam kazaman..saya mengalami masalah yg sama mcm en..nk tahu apa punca sebenar kenapa lampu terus menyala bila suis kereta semua dah off.

      Reply
  22. Yellowfin on 11/04/2019 11:05

    Salam… Saya bercadang nak tambah spotlight yg lagi power 2 biji kat bawah bumper/bwh plat nombor exora cps saya. Foglight yg asal memang dh ada. Spotlight ni untuk membantu jarak penglihatan bagi pemanduan malam. Soalan saya perlu kah dibuat wiring khas yg lain untuk spotlight yg baru tu nanti… T. Kasih

    Reply
  23. Lyza on 17/07/2019 14:09

    Assalam,

    Saya nak tanya kenapa lampu headlamp and high beam waja cps saya kedua dua belah tak nyala.

    Reply
  24. Saleh on 01/11/2019 19:07

    Salam, tuan, saya guna honda city, masalah saya ialah, lampu tinggi saya dua-dua tidak menyala. Dan simbol pada dashboard (yang biru) juga tidak menyala. Agaknya kenapa ya?

    Reply
  25. faeiz on 24/06/2020 15:38

    nk tnye kalau kreta exora bold lampu mmg trus highbeam ke ? first on engine ade lampu sportlight then lampu kecik then lampu highbeam terus ke? tercari cari gak mcm mana nk hilangkan lampu highbeam tu . ada cara ke?

    Reply
  26. NORMA SALLEH on 12/10/2020 08:08

    Asalam lampu kereta waja 1.6 auto terpadam selepas saya isi minyak bula mak start lampu x mrnyala dan hanya lampu dim yg menyala kenapa ye

    Reply
  27. Zarly on 24/05/2021 15:56

    Salam bro lampu depan kereta viva aku selalu je rosak,tukar baru rosak lgi,,last2 dengan soket lampu tu sekali terbakar renyuk,,apa masalah nya ye..belum hantar mekanik lgi

    Reply
  28. Onisemus Ng on 19/07/2021 17:54

    Salam bro,
    Kenapa lampu kereta (produa bezza 1.3) saya terus menyala lepas start kereta walaupun suis lampu dah padam. Signal kiri kanan pun tak berfungsi.

    Reply
    • Abang GYL on 23/07/2021 13:44

      Saya syorkan tuan check di servis centre

      Reply
  29. Hussin on 02/10/2021 15:22

    Assalamulaikum..hai sy dri Sabah semporna,nak tanya mengenai lampu keta flx,tidak Akan menjadi masalah jga Ka,sy nak connect cable lampu led Terus gabung dgn cable lampu petang..

    Reply
  30. Azmi bin Saim on 25/02/2022 17:00

    Assalamualaikum, lampu kereta saya masih malap walaupun dah tukar bulb.adakah ini masalah relay atau ballast. Kereta saya civic fd2.

    Reply
  31. ZAINUDDIN ABDUL RAHIM on 23/04/2023 15:09

    Satu lg penyakit gila 🐖.. 🚗.. ori head light dpn H4.. di modi nye LED lights.. yg menjd silauan bkn nye, lampu/bulb LED. Tp, silauan cahayo casing lampu H4.. tu sbb bile.. nmpk 🚗 dari arah blkng.. yg modi. H4 ke LED lights.. aku on kn jer fog light blkng.. kasi harjau seket

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.